Biasanya, kita akan mendengar sebarang pengumuman dan pemakluman terkini mengenai COVID-19 daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham di sebelah petang melalui sidang media yang dilakukannya sejak Mac lalu.

Tetapi hari ini, lain pula ceritanya apabila individu paling hadapan negara dalam berhadapan dengan wabak membunuh itu memuat naik beberapa status mengenai perkembangan semasa COVID-19 sekitar jam 4 pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu pada mulanya difahamkan disedari akaun Facebook kesedaran kesihatan Public Health Malaysia yang berkongsikan kebimbangan ketua pengarah kesihatan itu mengenai perkembangan beberapa kluster yang terbentuk daripada perhimpunan sosial.

Antara hantaran yang paling mencuri tumpuan adalah apabila beliau memberikan nasihat kepada orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan dan ketika berada di tempat awam.

Walaupun kedengaran seperti nasihat yang biasa diberikannya sebelum ini, namun ianya kali ini menjelaskan kebimbangan beliau terhadap bilangan kluster yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Peringatan ini berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini yang tidak mengikut SOP.

“Ini termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan. Perhimpunan-perhimpunan ini telah turut dihadiri oleh individu-individu yang bergejala,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Memberikan contoh Kluster Indah Mas di Kuala Lumpur dan Kluster Enggor di Perak, Dr Noor Hisham memberitahu ianya bermula dengan perhimpunan keluarga sahaja sebelum merebak dengan lebih luas.

Selain itu, Kluster Mentari yang melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga tambahnya juga berpunca daripada upacara keagamaan membabitkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir dalam satu upacara kematian di Negeri Sembilan.

“Penjarakkan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sesak dan sempit, namun mengambil iktibar daripada kejadian kluster-kluster ini, masyarakat dinasihatkan untuk akur dan patuh kepada nasihat yang diberikan.

“Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti,” pesannya dalam hantaran yang dibuat awal pagi tadi.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Disanjung Sebagai Hero, Doktor Dari Malaysia Berjaya Halang Gelombang Kedua COVID-19 Di Australia

Dijangkiti Wabak Semasa Hamil, Ibu Di Singapura Lahirkan Bayi Dengan Antibodi COVID-19

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab

Sumber