Jika sebelum ini kita sering melihat beliau di kaca TV dan paparan-paparan media sosial, kali ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham akhirnya membuat kemunculan dalam bentuk animasi bersama BoboiBoy.

Kemunculan pertama beliau sebagai watak animasi itu dibuat dalam satu video iklan hebahan khidmat awam (PSA) mengenai COVID-19 di laman YouTube Monsta yang membawakan BoboiBoy sebelum ini.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

2

Dalam video berdurasi 1.05 saat itu, Dr Noor Hisham tampil membantu dan memberikan nasihat berguna buat BoboiBoy dan rakan-rakan dalam menentang COVID-19 ketika ini.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk menghalang virus COVID-19.

“Kamu hanya perlukan CAPP,” laungnya dalam video berkenaan.

4

 

Kemunculan Dr Noor Hisham dalam video berkenaan adalah untuk membantu BoboiBoy dan rakan-rakannya selepas kesemua kuasa yang dimiliki mereka tidak berjaya untuk menghalang virus COVID-19.

CAPP dalam video pula bukanlah merujuk kepada sebarang kuasa luar biasa namun ia merupakan empat langkah penting berhadapan COVID-19 iaitu Cegah Dari Awal, Amalkan Norma Baharu, Patuhi SOP, dan Pantau Status Kesihatan Diri.

3

Mula dimuatnaik sejak semalam, video berkenaan sehingga kini baru sahaja mencecah hampir 80,000 tontonan di YouTube.

Tetapi kepada anda yang belum menonton perkongsian penuh daripada BoboiBoy dan Dr Noor Hisham ini jangan risau kerana anda boleh menontonnya melalui pautan di bawah.

Baca juga penjelasan daripada Dr Noor Hisham mengenai saranan beliau berhubung pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah menerusi pautan di bawah. 

Penjelasan Kenapa Dr Noor Hisham Sarankan Wanita Berpurdah Memakai Pelitup Muka

Kenapa BoBoiBoy Menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 Rahsia Didedahkan

BoboiBoy The Movie 2 Cipta Sejarah Tercalon Finalis Anugerah Filem Animasi New York

Anda Mungkin Suka