Nama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bukanlah nama yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun ini. Menjadi individu penting negara dalam mendepani cabaran COVID-19, boleh dikatakan hampir setiap hari beliau akan membuat kemunculan di kaca TV.

Bagaimanapun, berbeza dengan penampilannya sebelum ini membuat kemunculan dalam sidang-sidang media mengenai wabak berkenaan, Dr Noor Hisham kali ini disahkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam filem pendek Ejen Ali: Misi Juang di YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Debaran dan keterujaan untuk peminat serta masyarakat untuk melihat kelibat ketua pengarah kesihatan itu bermula selepas poster untuk filem pendek berkenaan yang dilancarkan sejak semalam memaparkan individu yang seakan sama dengan beliau.

Ruangan komen di laman Facebook rasmi Ejen Ali kemudiannya dipenuhi dengan persoalan daripada netizen mengenai watak berkenaan yang menurut mereka seakan sama dengan susuk Dr Noor Hisham.

Buat anda yang masih tertanya-tanya, ya Dr Noor Hisham bakal membuat kemunculan dalam filem pendek berkenaan seperti dilaporkan beberapa laporan berita sejak semalam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Animasi Primework Studios, Airin Zainul dalam satu temu bual ketika majlis pelancaran filem pendek berkenaan di Buletin Utama baru-baru ini.

“Tajuk dia misi Juang, secara mudahnya nak ringkaskan tahun yang kita lalui pada 2020 dan perang dalam melawan COVID-19.

“Jadi, Ejen Ali and rakan-rakannya di Akademi MATA bekerja bersama dengan penampilan istimewa DG Tan Sri Dr Noor Hisham untuk perjuangkan menentang COVID-19 dengan kita jaga kita and kerja sepasukan dan menunjukkan kita akan menang kalau bersama,” katanya.

Jadi, kepada anda yang teruja dan berminat untuk menonton kemunculan Dr Noor Hisham bersama Ejen Ali dan rakan-rakannya, jangan terlepas untuk menonton filem pendek ini yang akan ditayangkan pada jam 9.45 malam esok (25 Disember), di saluran YouTube rasmi ​Ejen Ali.

Selain daripada tayangan perdana Misi Juang, anda kemudiannya boleh menyambung pengalaman menonton Ejen Ali di kaca TV pula pada jam 10 malam menerusi tayangan Ejen Ali The Movie yang dialih bahasa ke Bahasa Inggeris di TV3, juga pada 25 Disember ini.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai kemunculan istimewa Dr Noor Hisham dalam iklan kempen kesedaran awam menentang COVID-19 bersama BoboiBoy melalui pautan di bawah. 

Dr Noor Hisham Buat Kemunculan Istimewa, Bantu BoboiBoy Tewaskan COVID-19

Dr Noor Hisham Beri Peringatan Di Jam 4 Pagi Mengenai Kluster Perhimpunan Sosial

Kena Perli ‘Takut Mati’, Ini Jawapan Tenang Dr Noor Hisham Buat MP Bintulu

Sumber