Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham pada semalam menjelaskan beliau menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini hanya akan berlangsung selama empat minggu sehingga 4 Februari ini.

Pengumuman itu sudah pastinya melegakan ramai pihak sama ada PKP yang dilalui ketika ini akan dilanjutkan beberapa kali seperti tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette.

Pelaksanaan PKPB selama tiga bulan itu menurut beliau mampu untuk menurunkan kes kepada dua angka di samping dapat mengurangkan kesan kepada sektor ekonomi seperti yang berlaku jika PKP diteruskan.

Untuk rekod, enam negeri pada tahun ini mula menjalani PKP selama dua minggu sejak 13 Januari sehinggga sebelum 26 Januari sebelum disambung selama dua minggu lagi kepada 4 Februari.

Beberapa negeri kemudiannya turut melaksanakan PKP (kecuali Sarawak) yang dijadualkan turut berakhir pada 4 Februari selepas berlaku peningkatan mendadak dalam kes COVID-19 di negeri masing-masing.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Masih Jauh Dari Berpenghujung’- Dr Noor Hisham Kenang Setahun Melawan COVID-19

10 Buah Sekolah Di Terengganu Ditutup Selepas 21 Guru Positif COVID-19

WHO Bakal Hasilkan Vaksin COVID-19 Generasi Baru, Boleh Disedut Melalui Hidung