Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai perkongsian berkenaan salah seorang petugas barisan hadapan yang dikatakan meninggal dunia akibat daripada kepenatan dalam menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan.

Perkara tersebut difahamkan tidak benar malah telah mendapat pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah itu sendiri.

Sewaktu dihubungi pihak Sinar Harian, Dr Noor Hisham telah menjelaskan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan beliau mempunyai penyakit lain bukan kerana kepenatan dalam menangani wabak COVID-19.

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” jelas beliau menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Dr Ali telah dilaporkan sakit akibat daripada keletihan dan tidak mendapat rehat yang secukupnya setelah bertugas sebagai petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membasmi penularan wabak COVID-19.

Perkara tersebut dipercayai pada mulanya telah dikongsikan oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook pada lewat malam Selasa.

Baca perkongsian kami yang sebelum ini mengenai seorang rakyat Malaysia di London yang mendakwa hospital kerajaan serba kekurangan ini undang perhatian DG Hisham, klik pada pautan di bawah.

Dakwa Hospital Kerajaan ‘Serba Kurang’, Kenyataan Rakyat Malaysia Di London Ini Undang Perhatian DG Hisham

‘Takut Dijangkiti COVID-19’- #SuaraPelajar Trending Di Twitter Papar Luahan Kebimbangan Pelajar

Dr Noor Hisham Sahkan Pengembara Bawa Pulang COVID-19 Varian UK Ke Malaysia

Anda Mungkin Suka