Ketika ini, kes harian positif COVID-19 di Malaysia cukup membimbangkan rakyat Malaysia. Malah, 6 negeri di Malaysia terpaksa melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula.

Terbaharu, Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan di Facebook miliknya malam tadi telah mengesahkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia. Menurutnya, kes tersebut dikesan menerusi seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

Tambahnya, setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut. KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Mutasi UK B.1.1.7 ini boleh menular dengan mudah dan pantas tetapi tidak akan menyebabkan gejala yang teruk. Diharap semua rakyat Malaysia akan sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan isu semasa pada pautan di bawah ini.

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Mutasi Baharu COVID-19 Cetus Panik, Negara Luar Mula Sekat Pelawat Dari UK