Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Dr Sheikh Muszaphar dan Dato Siti Nurhaliza mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan dalam kalangan masyarakat kita dengan kedua-duanya boleh dianggap sebagai ikon dalam bidang mereka masing-masing.

Dengan pencapaian sebagai angkasawan negara pertama, nama Dr Sheikh Muszaphar masih lagi menjadi sebutan sehingga masyarakat sehingga kini dan kehidupannya yang dikongsikan bersama keluarga juga masih diikuti peminat di media sosial.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Begitu juga dengan penyanyi Dato Siti Nurhaliza, walaupun sudah lama berkecimpung dalam arena muzik negara namun beliau masih menjadi antara penyanyi paling diikuti dalam negara dan setiap lagu nyayian terbaru olehnya akan dinanti-nantikan peminat di luar sana.

Maka tidak hairanlah jika satu undian yang dijalankan oleh portal YouGov baru-baru ini menyenaraikan mereka sebagai individu lelaki dan wanita yang paling dikagumi di negara ini.

most admired

Senarai yang dikeluarkan YOUGOV di laman sesawang mereka

Dalam senarai World Most Admired 2020 itu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengungguli kategori lelaki dan meninggalkan bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei di tangga kedua.

Manakala Dato Siti Nurhaliza pula meraih undian tertinggi bagi kategori wanita paling dikagumi di Malaysia dan diikuti Dr Amalina Che Bakri, Nicol David dan Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kajian yang dilakukan pihak YouGov pada tahun ini menurut pihak mereka adalah yang terbesar pernah dilakukan dengan penglibatan lebih 45,000 individu daripada 42 buah negara dan kawasan telah ditemubual bagi menghasilkan senarai tersebut.

Untuk peringkat dunia pula, Barack Obama, Bill Gates dan presiden China XI Jinping pula mengungguli tiga teratas bagi individu yang paling dikagumi manakala isteri Obama, Michelle pula mendahului bagi kategori wanita.

Antara nama lain yang turut tersenarai adalah pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, pelakon Jackie Chan dan usahawan Jack Ma serta Elon Musk.

Baca juga perkongsian kami mengenai jam tangan milik Siti Nurhaliza yang mencecah ratusan ribu ringgit di pautan di bawah. 

Mengapa Jam Tangan Richard Mille ‘Milik’ Siti Nurhaliza Ini Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit

Dari Angkasa Ke Jalanan, Dr Sheikh Muszaphar Kini Jadi ‘Delivery Boy’ Di Musim PKP

Anda Mungkin Suka