Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada semalam berkongsikan sepucuk surat yang pernah ditulis beliau sebelum meninggalkan bumi pada 2007 melalui satu hantaran di akaun Instagram-nya.

Surat bertarikh 9 Oktober 2007 itu difahamkan ditulis buat kedua-dua ibu bapanya ketika itu sebelum beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama roket Soyuz dalam misinya sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya menemui kembali surat yang saya tulis kepada ibu bapa saya pada 2007, sehari sebelum saya berlepas ke angkasa.

“Ketika itu saya berada di Baikonaur Kazakhstan, dikuarantin berseorangan selama dua minggu tanpa orang yang tersayang,” tulis beliau di hantaran berkenaan.

surat
Tangkap layar hantaran yang dibuat di Instagram Dr Sheikh Muszaphar.

Surat bertulis tangan itu antaranya mengandungi luahan perasaan beliau kepada kedua ibu-bapanya, hasrat untuk membuat perubahan yang lebih baik kepada dunia serta bagaimana impiannya untuk ke angkasa menjadi realiti.

Mula bercita-cita untuk ke angkasa sejak berusia 10 tahun, Dr Sheikh Muszaphar dalam surat berkenaan menjelaskan tiada siapa yang dapat menjangkakan cita-citanya itu akan tercapai sekaligus menjadi angakasawan pertama di Malaysia.

Bercerita lanjut mengenai surat berkenaan, ia jelasnya ditulis kepada kedua ibu-bapa kerana beliau terpaksa menjalani kuarantin untuk tujuan kesihatan dirinya “kerana selsema saja boleh menghalang dirinya untuk berlepas ke angkasa”.

Beliau bagaimanapun memberitahu ada berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya sehari sebelum itu dan sempat berbual melalui penghadang kaca yang telah ditetapkan.

“Itulah kenangan lalu… Saya tidak pernah berkongsikan surat ini dengan sesiapa pun sebelum ini. Malah saya sudah terlupa mengenainya.

“Cuma hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana perjalanan ke angkasa mengubah kehidupan saya secara keseluruhannya,” kongsi beliau.

Pada 10 Oktober 2007, Dr Sheikh Muszapahar menjadi warga Malaysia yang pertama berlepas ke angkasa bersama dua lagi kru dengan menaiki Soyuz TMA-11.

Selepas 10 hari di Stesen Angakasa Antarabangsa, beliau kemudiannya kembali ke bumi pada 21 Oktober dan kemudiannya diumumkan sebagai angkasawan pertama negara pada tahun sama oleh perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Baca juga perkongsian Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini yang menceritakan pengalamannya di angkasa melalui pautan di bawah.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Pengalaman Melalui Video Di YouTube

Isu Bumi Berbentuk Sfera, Jawapan Sheikh Muszaphar Buat Pengikut ‘Flat Earth’ Terdiam

Selepas 11 Tahun Angkasawan Pertama Negara Kongsi Video Latihan Ke Angkasa Lepas