Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap segelintir ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak dalam usaha mencegah penyakit berjangkit dalam negara.

Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu yang merupakan seorang doktor perubatan sejak 1955, berkata pemberian vaksin dapat mencegah penyakit berjangkit seperti demam campak, difteria, kancing gigi, batuk kokol, tibi dan lain-lain dalam kalangan kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Negeri Kedah pada 1974, berkata sepanjang khidmatnya, pemberian vaksin berjaya menurunkan kadar kematian ibu dan kanak-kanak secara mendadak di negeri berkenaan.

Malaysian Insider
Malaysian Insider

“Saya cukup sedih sekarang…saya berasa sia-sia khidmat saya (sebagai doktor) selama 22 tahun.

“Vaksin penting untuk anak-anak kita. Saya tidak faham ibu bapa zaman sekarang menolak pemberian vaksin seperti polio atau nak bersalin di rumah. Kenapa (mentaliti) ke belakang?

“Tuhan bagi kita anak, kita mesti menjaga mereka dengan memberi suntikan vaksin dan makanan bagi memastikan sentiasa sihat,” katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Awam Kemanusiaan Kiwanis 2015 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.

Dr Siti Hasmah secara berseloroh berkata beliau terpaksa turun padang mendidik orang ramai yang menolak pemberian vaksin.

“Saya fikir ini satu pusingan, dari tidak faham ke faham dan kembali ke tahap tidak faham (mengenai pemberian vaksin). Saya terpaksa ke bandar mendidik orang bandar yang sepatutnya lagi tahu mengenai kepentingan pemberian vaksin tetapi menolak pemberian vaksin,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya sebelum ini, dilaporkan berkata data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013, kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga Mei lepas.

Menurut Dr Hilmi, kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas, di mana bilangan kes ‘measles’ (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit ‘Pertsis’ (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes (2014) kepada 655 kes tahun ini.

Menurutnya lagi, trend peningkatan itu bukan hanya disebabkan faktor gerakan anti-vaksin tetapi merangkumi kurang kefahaman tentang kaedah pencegahan, kelewatan mendapatkan rawatan, kelemahan aspek pengurusan kes dan kontak serta peningkatan kedatangan warga asing yang tidak diketahui status vaksinasi mereka.

TONTON: Tun Dr Siti Hasmah Kongsi Rahsia Kekal Cinta Dengan Tun Dr Mahathir Mohamed

BACA: Luahan Hati Mukhriz Ini Memberi Gambaran Sisi Sisi Lain Tun Mahathir. Dan Kami Sukakannya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber