Kecoh baru-baru ini filem kontroversi Mentega Terbang kerana didapati boleh memesong akidah umat Islam menerusi kandungannya. Perkara ini sekaligus menarik perhatian Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku cendiakawan agama dalam mengulas isu tersebut.

Menerusi laman sesawang Zulkifli Al-Bakri, beliau mengeluarkan hujahnya berikutan kebimbangan yang dicetuskan oleh filem tersebut. Malah, konsep dan cara penyampaian cerita berkenaan dianggap boleh disalah erti selain memesongkan akidah.

Baca Juga:

Sumber Gambar: JUICE

Meskipun, watak-watak dalm filem terbabit turut mengetengahkan beberapa nilai positif. Namun ia bukanlah satu tiket untuk menyampaikan mesej berunsur mempersendakan Islam.

Di samping itu, tindakan pantas Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang menegaskan bahawa filem bertentangan dengan akidah adalah maklum balas yang wajar.

Filem Mentega Terbang berkenaan menimbulkan pelbagai bentuk keraguan yang mungkin bertujuan untuk bersikap kritis terhadap agama dengan mengabaikan keterbatasan mereka dari sudut ilmu, pengalaman dan pengaruh sekeliling.

Beliau bagaimanapun menemui terlalu banyak unsur memperlecehkan agama Islam dan agama-agama lain menerusi filem itu. Babak-babak yang dipersembahkan langsung tidak memikirkan sensitiviti masyarakat seperti membawa anjing masuk ke rumah seorang Muslim dan banyak lagi.