Menghampiri penghujung tahun 2020, dakwaan salah laku berkait seksual oleh pendakwah (atau setidaknya yang menggelarkan diri mereka dengan gelaran berkenaan) merupakan antara kes yang hangat dibicarakan netizen dan dilaporkan media tempatan.

Menyedari perkara berkenaan memberikan persepsi negatif kepada golongan agamawan dan Islam, Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar ianya tidak terus berlaku pada tahun hadapan.

Beliau seperti dilaporkan Berita Harian pada hari ini berharap agar tahun 2021 menyaksikan tiada lagi kejadian-kejadian kurang baik melibatkan pendakwah seperti yang berlaku tahun ini.

Antara kes yang mencuri tumpuan baru-baru ini adalah melibatkan seorang peserta bekas program realiti berkonsepkan agama yang didakwa di mahkamah dengan salah laku berkaitan seksual.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa laporan yang melibatkan guru agama yang turut dituduh melakukan salah laku berhubung perkara berkenaan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya tok sey (tidak mahu) dengar pencabulan.

“Kalau ustaz dengan gambar-gambar sekali (dipaparkan)… Dua minit kita tahu dah siapa (pelakunya),” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Pesanan itu diberikan beliau ketika berucap pada program Tausiyah bersama Pendakwah Selebriti di Sepang pada semalam. Antara yang turut menghadiri program berkenaan adalah beberapa pendakwah dan penceramah terkenal dalam negara.

Beliau dalam ucapannya juga difahamkan sempat berseloroh agar pendakwah memilih poligami daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya yang seterusnya mencemarkan imej Islam dan pendakwah di mata masyarakat.

“Nikah dua, nikah tiga, nikah empat tak mengapa. Tapi cabul ini, Allah… Nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya,” katanya.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Warga Malaysia Ini Jadi ‘Pesakit Paling Sunyi’ Di Hospital Australia

Pernah Mengegarkan Negara Dengan Kisah 1 Sen, Aman Shah Kembali Di Dada Akhbar

Polis Terima 6 Laporan Cabul Dan Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Sekali Lagi

Sumber