Jika anda rasa bosan untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara berkenaan pasti tidak akan berlaku buat penyanyi rap Drake.

Casa impian Drake yang terletak Di Toronto, Kanada ini muncul dalam majalah Architectural Digest edisi bulan Mei di mana pereka rekaan dalamannya, Ferris Rafauli bercerita tentang perjalanan menghias rumah berkenaan mengikut citarasa Drake.

Rumah berkeluasan 50,000 kaki persegi ini buat yang pertama kali melihatnya pasti mengatakan ia tidak ubah seperti sebuah shopping mall yang mewah. Mana tidaknya, rumah ini turut dilengkapi gelanggang bola keranjang ‘NBA standard’ untuk beliau beriadah bersama rakan serta studio rakaman peribadi dengan konsep rekaan studio 1970-an.

“Disebabkan rumah ini dibina di tempat saya dilahirkan, saya mahu sebuah rumah yang dapat bertahan sehingga 100 tahun. Saya mahu ia mempunyai keunikannya yang tersendiri,” kata Drake sebelum memulakan projek rumah mewah ini.

Rumah yang juga dikenali sebagai The Embassy itu turut diberi kemasan ibarat rumah agam kurun ke-19 sambil menyelit perhiasan dunia streetwear seperti patung KAWS dan piano dengan artwork oleh Takashi Murakami. Rumah ini juga sudah diperlihatkan kepada umum menerusi video Muzik lagu terbaru Drake, Toosie Slide.

https://twitter.com/ZainsLane/status/1247873347737788416

https://twitter.com/nuns_on_film/status/1246965367601352707

Peminat Drake rata-rata memuji taste mewah beliau dalam menghasilkan rumah idaman berbanding rakan senegara beliau, Justin Bieber. Rumah Justin Bieber baru-baru ini viral kerana rekaannya ibarat sebuah kolej komuniti berbanding sebuah rumah.

Dengan pendapatan USD150 juta (~RM650 juta) sepanjang tahun 2018, wang bukan penghalang untuk Drake menyiapkan rumah impian seperti ini. Untuk anda pula, perkara apa yang akan anda ambil berat sebelum membina rumah idaman anda?

Ini pula makeover Apartment Selangorku dengan rekaan minimalis yang anda boleh cuba. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Pelukis Ini Kongsi Cabaran Hasilkan Mural Individu Terbesar Di Kuala Lumpur

Lihat Artis Ini Dengan Selamba Makan ‘Karya Seni’ Bernilai RM499,000

Sumber