Satu lagi drama bersiri dari Netflix baharu sahaja diperkenalkan beberapa hari lepas iaitu ‘Another Life’. Drama ini mengisahkan sekumpulan angkasawan yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia selepas menerima kunjungan dari angkasa.

Filem ini kemudian mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi buat penonton di rantau Asia Tenggara apabila terdapat satu babak yang menunjukkan 2 orang pelakon yang menjumpai ‘buah aneh’ dari angkasa lepas. Menurut perkongsian pengguna Twitter, @hash_1993, babak tersebut menunjukkan 2 watak yang sedang memastikan bahawa buah tersebut bebas dari racun atau iritasi.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Apabila diamati, buah tersebut kelihatan agak familiar buat penduduk di Asia Tenggara. Benar, ‘buah aneh’ tersebut ialah rambutan. Mungkin bagi mereka buah rambutan kelihatan agak aneh lebih-lebih lagi buah tersebut kelihatan agak sedikit kecut menampakkan kulitnya agak kering sehingga menampakkan kesan ‘alien’ pada rambutan tersebut.

Tweet ini kemudian disambut dengan gurauan daripada orang ramai bukan sahaja dari rakyat Malaysia bahkan juga dari negara jiran.

Adakah anda sudah menonton drama ini dan bagaimana pula pendapat anda?

Anda Mungkin Suka