Sebelum ini drama bersiri Netflix, Another Life menjadi buah mulut netizen apabila dalam filem tersebut telah memilih buah rambutan sebagai buah dari angkasa lepas. Terbaharu, drama bersiri The Spy pula menjadi perhatian netizen.

Kenapa? Ini kerana dalam drama tersebut menampilkan duit syiling RM0.10 iaitu duit syiling Malaysia. Hal ini dikongsi oleh pengguna Facebook Errol Fung dimana beliau berkongsi telah melihat duit syiling Malaysia dalam drama siri itu.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

The Spy on Netflix was based on Eli Cohen's life as an Israeli spy. The Spy S1 E3 features a RM0.10 Malaysian coin being…

Posted by Errol Fung on Wednesday, 11 September 2019

Duit syiling Malaysia dapat dilihat pada babak ketika pelakon utama membeli surat khabar Syria. Pelakon utama telah meletakkan duit syiling dalam pinggan ketika proses jual beli.

Drama bersiri The Spy ini mengisahkan tentang seorang kerani, Eli Cohen berasal dari Israel telah menjadi perisik pada tahun 1960. Untuk pengetahuan anda, drama bersiri pendek Netflix ini berdasarkan kisah benar dan menampilkan pelakon popular Sacha Baron Cohen.

Berikutan itu, hal ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengatakan bahawa ketika tahun itu Malaysia belum terbentuk dan tidak releven menggunakan duit syiling Malaysia dalam babak tersebut kerana berada di Syria.

Screenshot 2019-09-17 at 9.41.39 AM

Jika anda menonton drama siri The Spy ini, adakah anda perasan akan kemunculan duit syiling ini? Baca artikel di bawah ini untuk lihat buah rambutan yang dipilih sebagai buah dari angkasa lepas dalam drama siri Netflix juga.

Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas

Karya Tempatan ‘Fly by Night’ Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

‘Till Death: Azalea’s Wrath’, Filem Tempatan Pertama Eksklusif Di Netflix

Anda Mungkin Suka