Beberapa minggu yang lepas saya berehat di rumah akibat demam panas. Rutin harian saya biasanya sangat sibuk dengan tugas-tugas kerjaya dan bergaul dengan teman-teman.

Kerana tidak biasa duduk diam, saya mula mencari-cari bahan di internet bagi megisi masa lapang sewaktu saya demam.

Pada mulanya, saya menonton filem dan drama tentang cinta. Perlahan-lahan saya dapat merasakan perasaan saya bergelora dan saya mahukan diri saya dibuai pelbagai rasa.

Saya teruskan dengan membaca cerita romantis. Resipi cerita romantis biasanya sama sahaja – alpha male (kapten/CEO/putera yang tampan, gagah perkasa tetapi sangat memahami emosi wanita) bertemu dengan pasangannya (the damsel in distress).

Keseluruhan cerita dan plot berkisar tentang relationship and attraction between hero and heroine dan pelbagai halangan yang harus ditempuhi sepanjang kisah cinta mereka.

Paling penting harus ada happy ending ataupun happily ever after. Sweet!

kesan-buruk-drama-romantis-2

Ramai wanita di luar sana mungkin dapat merasakan sensasi ‘feeling good’ sewaktu membaca atau menonton kisah romantis.

Manakan tidak, secara kita tidak sedari, hormon dopamine dan serotonin
yang menyebabkan rasa bahagia banyak dirembeskan sewaktu kita menyelami watak dan gelora perasaan sepanjang plot cerita romantis.

Namun, ada sesuatu yang tidak saya sedari tentang hormon dopamine dan serotonin! Rupanya kedua-dua hormon tersebut, sekiranya tidak seimbang, berupaya mengundang ketagihan.

Addiction to romance stories makes me want more and more!

Saya terperangkap dalam ketagihan membaca/menonton cerita romantis sehinggakan saya tidur lewat malam, datang lambat ke pejabat dan sukar untuk fokus sewaktu bekerja.

Otak saya dipenuhi dengan babak-babak romantis di antara watak hero/heroine. Saya juga sudah tidak banyak meluangkan masa bersama teman-teman di dunia realiti, kerana banyak masa dihabiskan dengan membaca cerita fantasi.

Sehinggalah suatu hari saya tersedar, umpama tersedar dari mimpi. Bahana cerita romantis sangat ketara apabila saya mula merasa kosong dan emotionally drained selepas menghabiskan sesuatu cerita.

Saya nekad, saya tidak mahu cerita-cerita fantasi membelenggu hidup saya! Dan saya tahu bahawa there is so much more in life!

kesan-buruk-drama-romantis-3

Ada banyak cara lain yang lebih bermakna untuk meningkatkan level dopamine dan serotonin, antaranya:

1. Sentiasa rasa bersyukur – kajian membuktikan bahawa bersyukur mampu meningkatkan paras serotonin, amalkan tafakur/reflection/meditation.
2. Ketawa dan banyakkan bersenam.
3. Give more hugs, berikan hadiah pada orang-orang tersayang.
4. Banyakkan makan pisang, kacang almond, epal, coklat, green tea, tembikai.
5. Aktiviti kreatif seperti melukis, photography, menjahit, DIY.

Sekiranya anda lihat dengan teliti, ciri-ciri ketagihan saya tidak banyak bezanya dengan ketagihan dadah, rokok, pornografi, judi, malahan gula sebagaimana diterangkan di dalam video di bawah.

Saya bersyukur saya tidak terjebak dalam dunia ketagihan dengan begitu mendalam, cuma sesekali saya culas dan leka dengan perangkap nafsu dan bisikan syaitan.

Lumrah dunia, nafsu tidak akan pernah puas (desensitization). Saya juga beruntung kerana ada teman-teman dan ahli keluarga yang membantu saya melepaskan diri dari penjara alam fantasi.

Khas buat wanita di luar sana, pastikan fantasi romantis tidak mengelirukan pandangan anda terhadap kaum adam.

Banyak kisah tentang hubungan yang berantakan akibat si wanita yang
mempunyai expectation yang terlalu ideal/perfectionist mengenai pasangan.

Sebagaimana anda tidak mahu pasangan anda terjebak dengan pornografi dan membandingkan diri anda dengan apa yang dilihatnya di laman porno, anda juga tidak harus membandingkan pasangan anda dengan Kapten/CEO dari alam fantasi sebagaimana yang telah diterangkan oleh laman web KSL.com ini.

kesan-buruk-drama-romantis-4

Pesan saya, di saat anda merasa kalah dengan nafsu dan bisik-bisik jahat, fight it. Ingatlah wajah-wajah orang tersayang!

Wajah ibu ayah yang selalu bangga dengan anda. Wajah pasangan anda yang perlukan perhatian dan layanan mesra daripada anda.

Wajah bos yang penuh dengan kepercayaan pada anda dan juga wajah sahabat yang senang apabila dapat bergelak ketawa dan melepaskan beban di dada apabila bergossip sejenak dengan anda.

There is so much more to life than our little fantasy land.

Baca lagi: 5 Tip Untuk ‘Move On’ Buat Anda Yang Menjaga Jodoh Orang Lain