Drama tempatan sentiasa menerima sambutan yang hebat dalam kalangan netizen. Namun, drama ‘Insan Terpilih’ yang ditayangkan di TV3 hujung minggu lalu ternyata sangat terkesan di hati penonton.

Menurut perkongsian Hasnah Binti Shamsuddin di Facebook, Hasnah menulis dengan panjang lebar tentang Hussein Gila, insan sebenar yang menjadi rujukan untuk drama Insan Terpilih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hussein merupakan salah seorang jemaah di sebuah surau di Klang dan beliau digelar Husein gila kerana dari zahirnya beliau berbeza dengan orang biasa atau normal. Seperti juga Firdaus di dalam drama Insan Terpilih, Husein adalah seorang yang pembersih dan setiap perlakuannya adalah sangat cermat kerana inginkan ganjaran pahala daripada Allah. Semua ini digambarkan dengan baik menerusi drama Insan Terpilih.

Teraju utama drama tersebut, Syazwan Zulkifli meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih beliau di Instagram selepas drama berkenaan sudah melepasi 1 juta tontonan di YouTube. Drama berkenaan juga kekal trending top 5 di YouTube sepanjang minggu ini.

Jarang kita disajikan drama berkualiti seperti ini. Buat anda yang belum berkesempatan untuk menonton drama Insan Terpilih, boleh menontonnya di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=8FNn-BqVCRw&t=204s

Ini pula karya tempatan lain yang sedang popular dalam kalangan netizen

‘Sangkar’ Catat Kutipan RM4.8 Juta Dalam Masa 5 Hari

Hanya Salah Faham, Asif Kekal Dalam ‘Drama Spontan’ Tetapi Dengan Syarat