Semestinya sukar jika anda adalah sebahagian daripada pasukan keselamatan IKEA. Anda bukan sahaja perlu berurusan dengan pengunjung yang mengambil kesempatan untuk tidur di bahagian pameran, tetapi mereka juga perlu melayan karenah krew filem yang menggunakan lokasi tersebut sebagai tempat penggambaran.

Beberapa tahun yang lalu, penerbit filem Los Angelas, Paul Bartunek dan David Seger mengeluarkan beberapa siri drama pendek dengan menggunakan IKEA sebagai lokasi pengambaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang lebih lucu, pihak IKEA di Burbank, California tidak pernah menyedari hal tersebut dan ia berterusan untuk beberapa episod yang lain.

Pelakon dan krew produksi secara senyap melakukan pengambaraan di sana dan hasilnya pada 2013, satu siri drama dengan nama IKEA Heights dikeluarkan.

Drama tersebut lengkap dengan beberapa adegan yang selalu anda tonton – aksi, drama dan plot yang berlainan.

Mereka pernah membawa masuk pelakon Randall Park, Whitney Avalon dan Matt Peters sebagai watak tambahan bagi memeriahkan siri drama tersebut.

Untuk pengetahuan anda, selepas mengetahui perkara sebenar. IKEA mendapati bahawa ianya lucu dan kreatif untuk menggunakan barangan jualan mereka sebagai prop. Tetapi mereka berjanji akan mengetatkan lagi keselamatan agar perkara tersebut tidak berulang.

Berikut adalah tulisan kami yang lain mengenai IKEA. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Resellers’ Beratur Seawal 5 Pagi Untuk Koleksi IKEA x Virgil Abloh

Resipi Ringkas ‘Meatball’ Ala Ikea Anda Patut Cuba

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

Sumber