Jika anda tinggal di kawasan perumahan high rise seperti flat, apartment dan kondominium, masalah pembuangan sampah dari penghuni tingkat atas ada ketikanya boleh memeningkan kepala. Dan ada ketikanya masalah ini kelihatan seperti tiada berpenghujung.

Tidak mahu masalah itu terus berlarutan ada juga yang cuba mengambil inisiatif sendiri untuk menasihati jiran-jiran yang mungkin terbuang sampah tanpa sengaja dari tingkat atas seperti yang dikongsikan lelaki ini di Facebook.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Menerusi perkongsian yang dibuat Van J Edward, beliau berkongsikan beberapa gambar pertelingkahan tiga penjuru antara jiran-jiran mengenai sampah berupa seluar dalam yang dibuang daripada tingkat atas.

Pertelingkahan itu bermula apabila mangsa yang terpaksa menerima sampah di tingkat bawah itu menghantar satu nota dan membungkus kembali seluar dalam yang dibuang itu kepada penghuni yang berada di atasnya.

Ketika ini, dia beranggapan seluar dalam yang dibuang tersebut adalah milik jirannya yang berada di aras atas.

“Hi, kami minta jasa baik untuk tolong berhenti membuang sampah anda ke bawah rumah kami.

“Rumah kami bukan tempat pembuangan sampah, tolong jadi orang yang bertamadun dan menghormati orang lain.

“Kami percaya awak ada tong sampah sendiri untuk membuang sampah,” tulis nota tersebut sambil diikat bersama seluar dalam yang dibungkus dalam plastik.

1

Nota pertama yang dihantar

Bukan spender saya

Bingung dengan nota dan bungkusan yang diterima, jirannya itu kemudian membalas kembali nota terbabit dan menjelaskan seluar dalam tersebut bukanlah miliknya seperti yang didakwa penghuni pertama tadi.

Beliau juga menegaskan seluar dalam yang ditinggalkan dalam peti suratnya itu bukanlah datang daripada rumah mereka.

“Saya harap selepas ini mungkin pihak tuan boleh selidik dulu dari mana ‘sampah’ ini datang dan bukan terus tujukan kepada unit kami.

“Sekian, terima kasih,” balas penghuni kedua.

2

Reply yang diberikan penghuni kedua

Maaf buat abang berdua bergaduh

Penafian daripada jiran yang berada dari tingkat atas itu sekaligus menjadikan pemilik seluar dalam berkenaan kekal misteri.

Bagaimanapun, ia tidak kekal lama apabila seorang lagi jiran atau dalam kisah ini penghuni ketiga akhirnya tampil mengaku seluar dalam yang menjadi punca pertelingkahan tadi adalah miliknya.

Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah dia juga turut menyertai drama tersebut dan meninggalkan nota untuk memohon maaf sambil menjemput mereka berdamai dengan menikmati KFC bersama-sama.

So sorry abang-abang gaduh sebab spender saya. Cerita sebenarnya adalah saya jemur spender saya pada waktu siang, malangnya angin very kuat dan menyebabkan spender saya ter-fly (terbang) ke unit mangsa.

“Lagipun saya hanya tahu spender Uniqlo saya hilang pada hari kedua. Bukan salah penghuni pertama dan penghuni kedua. Salah angin kuat.

“Sebagai tanda kemaafan saya ingin menjemput abang-abang untuk makan malam KFC secara percuma,” jelasnya mengakhiri drama tersebut.

3

Perkongsian mengenai drama tersebut menjadi perhatian di media sosial sejak ia mula dimuatnaik dua hari lalu dan turut dikongsikan kembali di platform-platform media sosial yang lain.

Bukan sahaja terhibur dengan drama yang disajikan malah netizen juga turut memuji cara mereka dan ada juga yang mencadangkan agar cara yang digunakan turut diamalkan orang ramai yang mempunyai masalah dengan jiran tetangga mereka selepas ini.

Baca juga kisah gadis ini yang bertemu kembali dengan bapanya selepas kisahnya ditularkan netizen di Twitter di pautan di bawah. 

Twitter Satukan Kembali Gadis Ini Dengan Bapanya Yang Terpisah Selepas 10 Tahun

Ibarat Aquaman Panggil Ikan, Netizen Seronok Lihat ‘Joki’ Nasi Kandar Kongsi Rezeki Dengan Merpati

Tindakan Sekumpulan Pemuda Di Kelantan Ini Buli ‘Mak Cik’ Undang Kemarahan Netizen

Anda Mungkin Suka