Penasihat perlumbaan Need For Speed, Ken Block telah membina litar terhebat, Gymkhana GRID.

Ia merupakan taman permainan yang benar-benar menyeronokkan dan tempat drifter mempamerkan kelajuan semata-mata. Block telah mencabar dirinya memandu di dalam halangan yang serba baru demi meningkatkan skil pemanduannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan memandu kereta Ford Fiesta ST RX43 2013, beliau telah melalui halangan seperti mengelilingi bola yang dikawal oleh kren dan melalui bukaan sempit kontena kapal. Saksikan Block melepasi pelbagai halangan seperti drift di sekeliling Lamborghini Aventadors dan mengelak daripada polis yang menaiki Segways.

“Gentlemen, start your engine!”

p/s: Bayangkan bau tayar terbakar.