KATSANA bersama Allianz Malaysia, Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Axiata Business Services Sdn Bhd Selasa lalu menandatangai perjanjian bersama untuk satu kolaborasi memperkenalkan usage-based insurance (UBI) di Malaysia. Penggunaan insuran permotoran UBI ini masih di peringkat fasa awal selepas langkah liberalisasi insuran motor yang bermula Julai tahun ini.

Perjanjian persafahaman(MoU) ini bakal menyaksikan KATSANA menyediakan satu platform untuk menjayakan sistem UBI ini dengan aplikasi DriveMark. KATSANA berharap dapat mensasarkan 50,000 pengguna menggunakan aplikasi DriveMark ini menjelang akhir tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Katsana
(Dari Kiri Ke Kanan) Encik Ramanathan Sathiamutty, Chief Transformation Officer, Celcom Axiata Berhad, En Asri Hassan Sabri, Group Chief Business Operations Office, AXIATA Group Berhad, Encik Zakri Mohd Khir, CEO, Allianz Malaysia, Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil, Encik Ahmad Rizlan Azman, COO, Maybank Ageas Holdings berhad (rep Etiqa Insurance Berhad and Etiqa Takaful Berhad), Encik Jamaludin Bujang, CEO, Malaysia Venture Capital Management Berhad and Encik Amin Shafie, Partner, Intres Capital Partners Sdn Bhd.

KATSANA, menerusi aplikasi DriveMark adalah syarikat independent yang mengutip data maklumat tentang cara pemanduan pengguna. Aplikasi ini akan merekod cara pemanduan pengguna(melalui sistem GPS telefon pintar) di samping melatih mereka untuk menjadi pemandu yang lebih baik di atas jalan raya.

Pemanduan anda akan diberi markah dan perkara seperti brek mengejut, pecutan mengejut dan pandu laju di selekoh akan mengurangkan markah DriveMark anda. Semakin tinggi markah anda, semakin bagus anda sebagai pemandu. Informasi inilah yang digunakan oleh agensi insurans UBI anda nanti.

DriveMark akan memberikan fleksibiliti untuk pengguna memilih syarikat insurans yang mana sesuai untuk anda berdasarkan markah pemanduan anda di DriveMark. Jadi selepas ini, bolehlah bertanya kepada agensi insurans kenderaan anda berkenaan polisi insuran UBI ini. Aplikasi DriveMark sudah boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan iOS.