Jika anda akan ke Dubai beberapa bulan daripada sekarang, peluang anda untuk melihat ‘kereta terbang’ atau dron membawa penumpang adalah sangat tinggi. Ya, seperti yang anda bayangkan di dalam filem.

Dron yang dikenali sebagai eHang 184 ini ini baru sahaja tiba di Dubai setelah syarikat yang menjalankan servis ini melepasi kriteria untuk terbang sekitar bandar Dubai. Lebih menarik, syarikat ini turut bekerjasama bersama beberapa syarikat inovasi yang lain seperti Hyperloop One.

Jika anda bercita-cita untuk terbang bersama yang tersayang, maaf ini bukan transportasi paling sesuai untuk anda. Sebabnya, rekaan cool dan futuristik eHang 184 ini cuma memuatkan seorang sahaja penumpang dengan sedikit barang. Tanpa pilot sebabnya dikawal secara autopilot. Awesome bukan?

Sesuai sangat buat mereka yang ingin ke sesuatu destinasi dalam masa yang singkat tanpa perlu menghadap kesesakan lalu lintas.

Melihat kepada konsep dron penumpang yang dijalankan syarikat eHang, idea ini secara tidak langsung telah menarik perhatian syarikat-syarikat besar seperti Airbus dan Uber untuk menembusi pasaran bagi kegunaan umum sempena tahun 2020 ini.