Seorang pelajar Universiti Mercyhurst berusia 20 tahun dapat mengawal drone terbang menggunakan otaknya di ekspo pertama Tech Expo yang dikelolakan oleh IT Department of The Tom Ridge School of Intelligence Studies and Information Science.

drone brain

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Julie Smicinski, pelajar dua jurusan major pengajian kepintaran/risikan dan matematik ini telah menggunakan NeuroSky headset dan Orbit, aplikasi telefon bimbit untuk mencapai tahap meditasi yang mendalam bagi menerbangkan drone. Ia dimiliki oleh profesor pengajian kepintaran/risikan Kristan Wheaton. Teknologi ini digunakan untuk mengajar sains dan matematik dengan cara yang tidak konvensional. Menurut Wheaton:

“Apabila headset mengesan gelombang otak yang tenang atau aktif di dalam julat yang betul, ia menghantar tanda ke telefon yang sekaligus akan menguasakan drone. Teknologi drone adalah kritikal untuk geospatial intelligence.”

Di Universiti Minnesota, penyelidik telah membangunkan drone yang boleh dikawal dengan fikiran manusia. Peserta boleh mengawal dan mengnavigasi drone melalui latihan halangan hanya menggunakan otak sahaja. Ketepatan ujian ini mencapai 90% keupayaan untuk melepasi halangan-halangan di dalam latihan tersebut. Teknologi ini penting dibangunkan terutama membolehkan seseorang mengawal dan menggerakan anggota badan palsunya seperti Robocop, hanya melalui otak.

Pengarah Institute Kejuruteraan Perubatan Universiti Minnesota dan penulis senior kajian ini berkata:

“Kami mahu kawal kerusi roda, buka TV dan paling penting, membangunkan teknologi yang membolehkan seseorang mengawal anggota badan palsu menggunakan fikirannya dan seboleh-bolehnya ia dilakukan secara semula jadi”

https://www.youtube.com/watch?v=0H8X2kPRGHU

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram