Sejak kebelakangan ini, minat orang ramai terhadap drone semakin meningkat. Apakan tidak, drone kini boleh didapati dibawah harga RM100. Ianya agak cool apabila kita bole mengawal sesuatu yang boleh merakam video atau gambar pada pandangan aerial, kan?

Tahukah anda, di Hollywood, teknologi drone sudah mula digunakan dengan meluas? Rakaman dari udara kini tidak lagi memerlukan bajet yang besar. Drone-drone digunakan sebagai pengganti kepada helikopter. Malah shot filem menggunakan drone lebih fleksibel.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Pernahkah anda menonton video fan-made Superman dan Dragon Ball? Dulu kami tertanya-tanya, bagaimana mereka melakukannya. Kini kami sudah tahu jawapannya – drone.

Tidak mustahil suatu hari nanti, videographer perkahwinan akan menggunakan drone sebagai salah satu tarikan kedalam produk mereka. Kami menani-nanti saat itu. Apapun, layan video tentang drone di Hollywood dibawah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka