Sebuah kapal kargo kini tersadai berdekatan New Taipei City, Taiwan dengan anggaran hanya 1,000 kaki dari persisiran pantai. Kapal itu kini bocor,menumpahkan minyak dan chemical berbahaya ke dalam laut.

Kapal berkenaan, T.S Taipei rosak pada 10 Mac yang lalu kerana cuaca buruk. Kapal berkenaan membawa kargo berisi chemical berbahaya, antaranya potassium percholarate (digunakan dalam pembuatan bunga api dan letupan) dan beberapa kargo yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Drone 1

Setakat ini, tumpahan minyak sudah sampai ke pesisiran pantai dan usaha pembersihan sedang giat dijalankan. Dikatakan ekologi laut untuk kawasan yang terbabit bakal mengambil masa 3 tahun untuk ianya pulih seperti sediakala. Banyak ikan dan hidupan laut akan mati disebabkan kekurangan oksigen disebabkan tumpahan minyak ini.

Dean Fredericks, berkongsi video berkenaan tumpahan minyak ini dengan menerbangkan drone DJI Phantom 3 miliknya merentasi kapal berkenaan. Menurut Dean dalam videonya, pihak berkuasa kini menghadapi masalah jika air tercemar itu merebak ke sistem air kawasan loji nuklear berdekatan yang menggunakan air sebagai agen penyejuk logi itu.

Hebat kualiti gambar drone Phantom 3 ni. Gambar HD nya memang clear betul. Kalau tiba-tiba angin kuat tiup drone tu dan jatuh ke dalam laut, menangis Dean. Sebuah Phantom 3 ini bernilai USD1,150 (lebih kurang RM4,470) dan boleh tangkap video format 4k. Gila cool dan power.

Sumber