Sejak kelmarin, video TikTok Datuk Seri Vida tular di media sosial dimana memaparkan jutawan komestik tersebut menggelar Anuar Zain sebagai gay. Lantaran itu, Datuk Seri Vida telah menerima kecaman netizen.

Berikutan isu tersebut, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dia melabel Anuar Zain sebagai seorang lelaki gay dan mengatakan terpulang kepada penerimaan netizen yang menonton video berkenaan. Terbaharu, Datuk Seri Vida telah tampil memohon maaf atas isu yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di Instagram, Dato Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, salah faham dan juga jika terguris hati dengan kenyataannya kepada keluarga, peminat dan Anuar Zain.

Tambahnya, beliau tidak berniat melakukan dakwaan tersebut dan juga mengatakan dirinya sangat meminati Anuar Zain. Malah, Dato Seri Vida berharap dapat berjumpa dengan Anuar Zain kerana mempunyai ‘hajat’.

Sebelum ini juga, beliau menjelaskan tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ sebaliknya dia menyebut ‘okay’ apabila diminta oleh netizen untuk mengorat penyanyi itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Makanan Terbiar Atas Dapur, Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan