Pada hari semalam tular berita mengenai seorang pemandu mabuk membawa trak pikap Nissan Navara merempuh satu keluarga sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia kanak-kanak berusia 6 tahun dan bayi berusia 5 bulan cedera parah selepas kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki mabuk di kilometer 57 Jalan Batu Pahat – Mersing.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, kakaknya parah di kepala, mengalami pendarahan di otak dan bengkak tulang rahang. Manakala adiknya pula parah di kepala, mengalami pendarahan otak selain cedera di tulang pinggul, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam perkembangan terkini, bapa kepada kedua-dua mangsa terbabit, Mohd Yusof Othman, 34, menyatakan bayinya Nur Hana Humaira berusia setahun lima bulan dan kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)

“Kedua-dua anak saya ‘ditidurkan’ dan perlu menjalani ujian imbasan, jika ada pendarahan teruk pada otak, mereka akan jalani pembedahan.

“Saya cukup terkilan kerana kemalangan begini (akibat pemandu mabuk) sudah kerap berlaku, pesalah sepatutnya dihukum setimpal dengan perbuatan mereka,” kata beliau.

Isterinya, Faridah Hassan, 37, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dengar di sini, turut cedera dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, kereta Toyota Vios dipandu Mohd Yusof dirempuh trak pikap Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 29 tahun sebelum kenderaannya melanggar pokok di lokasi kejadian.

Sumber Gambar: Facebook Tanpa Nama

Mohamad Yusof berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kahang Timur selepas membeli aksesori kenderaan untuk pelanggannya di bandar ini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia yang sedang berbual bersama isterinya bersama kedua-dua anak mereka, tiba-tiba dikejutkan dengan perlanggaran dengan pacuan empat roda terbabit.

Selepas itu kereta Mohamad Yusof terlanggar pokok dan berpusing beberapa kali. Ketika penglihatannya mula kabur, beliau nampak orang ramai mendukung kedua-dua anaknya. Namun beliau tidak perasan isterinya.

Sebaik sahaja sedar daripada pengsan, Mohamad Yusof dapati beliau sudah berada di atas katil hospital (HEBHK).

“Malam tadi ketika dimasukkan ke wad, kedua-dua anak saya mengalami trauma dengan si kecil (bayi) ada pendarahan pada otak dan kakaknya juga sama selain patah tangan.

“Saya berharap keadaan mereka baik, begitu juga dengan isteri. Semua pihak kena ambil pengajaran (kesan pemandu mabuk), mujur hari ini saya masih bernyawa,” katanya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber