Sekiranya anda berada di Selangor atau kawasan sekitarnya, pastinya menjadi sedikit kesukaran untuk anda membayar parking. Ditambah pula Selangor yang dibahagikan mengikut majlis perbandaran berbeza, pastinya agak sukar untuk anda membayar secara manual berikutan masalah melibatkan mesin rosak dan sebagainya.

Pada kali ini, seorang pengguna Twitter Ahmad Ridzuan telah mengongsikan bagaimana beliau membayar tiket parking dengan mudah menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking dan Jom Parking.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

photo6129956154860742946

Berdasarkan perkongsian, aplikasi Smart Selangor Parking meliputi 8 kawasan majlis perbandaran sekitar Selangor serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur manakala aplikasi Jom Parking membolehkan pengguna membayar parking di DBKL, Majlis Perbandaran Tawau, Cybersquare dan Majlis Perbandaran Seremban.

Seperti pembayaran di mesin, anda berpeluang meletakkan nombor pendaftaran kenderaan serta tempoh yang anda mahukan. Anda turut berpeluang memilih tiga medium pembayaran berbeza iaitu online banking, e-wallet dan kad debit untuk tambah nilai kredit dalam aplikasi anda.

Melalui penggunaan dua aplikasi ini, pastinya anda tidak lagi perlu ke mesin pembayaran untuk membuat pembayaran serta mengelakkan daripada isu pembayaran kurang daripada masa yang ditetapkan.

Setakat ini, dua aplikasi ini cuma ditawarkan di beberapa kawasan serta meliputi Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Kecoh pada minggu ini apabila kenyataan yang dibuat pengarah urusan Foodpanda telah membuatkan para ‘rider’ dan orang ramai kurang senang. Dikongsikan bersama isu berkaitan Foodpanda yang berlaku pada minggu ini.

Pengarah Urusan Foodpanda Tidak Kisah Jika ‘Rider’ Tinggalkan Servis Mereka

Tanda Sokongan Kepada ‘Rider’, Kempen Boikot Foodpanda Trending Di Twitter

Rating Foodpanda Di Play Store Jatuh Menjunam Gara-Gara Diserang Netizen

Anda Mungkin Suka