Disaat kanak-kanak lain lebih seronok bermain telefon pintar atau melayari YouTube, dua beradik ini mempunyai hobi yang berbeza. Bermula dengan sekadar minat, hasil rekaan mereka mula mendapat perhatian netizen berdasarkan model replika yang dihasilkan menggunakan kotak.

Menurut ibunya di laman Facebook Norin Puteh, dua anaknya ini mula minat dengan menghasilkan model replika sejak daripada kecil lagi. Bermula dengan menggunakan selotep dan kotak, dua beradik ini mulai upgrade barangan yang digunakan kepada mounting board dan tong minyak pula.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Perkongsian mereka mula mendapat perhatian netizen apabila model yang dihasilkan tampak kemas dan hebat. Pemilihan model Y15ZR yang sedang hangat ketika ini termasuk penciptaan bengkel tersendiri sekaligus membuatkan para netizen kagum dengan kreativiti dua beradik ini. Berikut merupakan antara model replika yang dihasilkan.

67718575_512959219245632_6359040385599143936_n

68243008_512959255912295_8565402507604393984_n

67929062_512959142578973_371405982661607424_n

Tidak hanya menghasilkan model replika motorsikal, dua beradik turut menghasilkan beberapa model lain merangkumi lori dan mesin padi. Kemasan yang ditampilkan juga tidak kurang hebatnya berdasarkan barangan sedia ada. Tidak hairanlah model yang dihasilkan hanya sekadar hobi ini turut mencuri perhatian ramai serta terdapat netizen yang berminat untuk mendapatkannya.

68645624_512959112578976_3966555941721079808_n

67905289_512959552578932_1929482137531056128_n

68387963_512959855912235_6603214219884101632_n

Tahniah diucapkan atas hasil usaha dua beradik ini. Siapa sangka bermula dengan sekadar hobi, kreativiti dua beradik ini berjaya dicungkil. Para netizen turut mendoakan dua beradik mampu menghasilkan penciptaan yang lebih hebat dan kemas pada masa akan datang memperlihatkan bakat yang ditampilkan.

Anda Mungkin Suka