Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai Jack Ma pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya membangunkan Alibaba serta lantang mengeluarkan pendapat yang mendapat perhatian ramai antara yang membuatkan beliau popular dan diidolakan ramai.

Walau bagaimanapun, situasi sedikit berbeza beberapa bulan terakhir ini apabila dikatakan menghilangkan diri sejak November lalu. Lebih menghairankan, bekas CEO Alibaba ini dikatakan mulai menghilangkan diri setelah mengkritik sistem peraturan kerajaan China kerana menyekat inovasi orang ramai.

The Davos World Economic Forum 2015

Sumber: Time Magazine

Difahamkan selepas kritikan yang dibuat, IPO Ant yang berkait dengan Jack Ma serta sudah mendapat kelulusan daripada badan sekuriti China telah ditangguhkan dengan alasan terdapat beberapa isu yang dikenal pasti.

Selain itu, Pihak berkuasa China turut menjalankan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba pada akhir Disember lalu dan memberitahu Ant Group untuk menyusun semula operasinya.

Dua bulan berlalu, beliau akhirnya pada bulan ini telah membuat kemunculan semula di dalam sebuah sidang video memberikan kata-kata semangat kepada tenaga pengajar di sebuah persidangan di China.

Kehadiran beliau meskipun secara sidang video secara tidak langsung melenyapkan spekulasi di mana beliau sedang dipenjara. Beliau juga turut memaklumkan kepada media dimana beliau sekadar mahu merehatkan diri sehingga pandemik COVID-19 tamat.

Kemunculan beliau juga secara tidak langsung melihatkan pasaran saham Alibaba turut meningkat mendadak menunjukkan keyakinan pelabur terhadap beliau.

Ketahui lebih lanjut mengenai kritikan yang dibuat Jack Ma terhadap kerajaan komunis China yang sekaligus mencetus misteri media antarabangsa.

Jack Ma ‘Hilang’ Selepas Kritik Kerajaan Komunis China, Cetus Misteri Media Antarabangsa

Sejak COVID-19 Melanda, Jack Ma Dilaporkan RM6.23 Trilion Lebih Kaya

Anda Mungkin Suka