Bertarung nyawa sejak Rabu lalu disebabkan jangkitan wabak COVID-19, penyanyi Siti Sarah disahkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu dikongsi oleh suaminya Shuib di Instagram pagi tadi. Malah, pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana tidak putus mengirimkan doa serta sokongan.

Pastinya berita tersebut mengejutkan ramai orang dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada Shuib sekeluarga serta sedekahkan Al-Fatihah kepada Siti Sarah.

Bukan itu sahaja, Nadir Al-Nuri turut berkongsi perbualan terakhirnya bersama Siti Sarah dimana beliau memaklumkan mahu korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu tetapi bukanlah untuk satu bahagian sahaja.

Hal ini seolah-olah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir. Malah, beliau juga kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan rakyat Palestin.

Tambah Nadir, rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging korban. Untuk makluman, Siti Sarah telah melahirkan anak lelaki sebelum ditidurkan lalu meninggal dunia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Dijangkiti COVID-19 Buatkan Dirinya Kenal Erti Syukur

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Anda Mungkin Suka