Dua cawangan jenama minuman boba kegemaran ramai, Xing Fu Tang telah disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali minggu lalu.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut laman SAYS, wakil daripada Xing Fu Tang Malaysia berkata cawangan di SS15 dan Sri Petaling telah ‘dikacau’ sebanyak 5 kali sekitar 17 October hingga 26 October 2019.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Xing Fu Tang Malaysia, mereka menulis syarikat berkenaan tidak akan tunduk kepada ‘pembuli’. Mereka juga telah membuat laporan polis dan menghantar rakaman CCTV insiden yang berkenaan kepada pihak berkuasa. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kesemua insiden serangan.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Pada ketika ini, syarikat yang bertanggungjawab membawa Xing Fu Tang masuk ke Malaysia, Collab Working Lifestyle kini mempunyai pertelingkahan dengan syarikat induk jenama berkenaan yang berpengkalan di Taiwan.

Menurut akhbar China Press, Xing Fu Tang Taiwan menuduh Collab Working Lifestyle mengenakan permintaan yang tidak munasabah. Xing Fu Tang Taiwan juga membuat kenyataan secara terbuka akan menamatkan kontak mereka bersama Collab Working Lifestyle.

Tetapi, Collab Working Lifestyle nyata tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut yang sudah pun menandatangani kontrak selama 10 tahun untuk jenama tersebut sebelum ini.

Antara punca pertelingkahan antara dua syarikat ini adalah berkenaan mesin pembuatan boba berbentuk ‘hati’ berharga RM120,000 yang perlu dibeli dan diletakkan di semua cawangan Xing Fu Tang Di Malaysia di mana ia tidak dipersetujui oleh Collab Working Lifestyle. Penerangan panjang Collab Working Lifestyle boleh dibaca di sini.

Tidak pasti siapa dalang di sebalik serangan ini dan motif sebenar kejadian tersebut masih lagi disiasat.

Sebelum ini, pertelingkahan seperti ini pernah berlaku antara jenama Chatime dan Tealive. Anda boleh membacanya di sini.

Chatime Saman Tealive

Sijil Halal Xing Fu Tang Oleh Majelis Ulama Indonesia Didakwa ‘Palsu’

Tealive Dikecam Kerana Guna Idea Kreatif Tanpa Persetujuan