Tular sejak semalam apabila terdapat insiden jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang sedang dalam pembinaan runtuh. Difahamkan punca kepada keruntuhan jejambat berkenaan berpunca daripada seorang pemandu treler yang melanggar perancah besi berkenaan.

Terbaharu, menerusi siasatan pihak polis, dilaporkan pemandu treler berkenaan berusia 40 tahun disahkan positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EvmHiy4UcAIUDpX
Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Berdasarkan insiden ngeri yang berlaku, seorang pemandu van kilang disahkan mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan pada bahagian dalam badan. Dua lagi penumpang van turut cedera pada bahagian kaki. Lebih menyayat hati, dilaporkan dua individu maut dalam insiden yang berlaku pada jam 6 petang semalam.

Berdasarkan siasatan awal, difahamkan treler berkenaan telah melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki dan menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2.

EvmHiy4VIAAcopP
Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Kesan besi yang terhempap ke atas van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) antara yang membuatkan beberapa individu lain cedera dan maut. Pemandu treler berkenaan telah ditahan dan direman mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tular pada minggu lalu apabila rekaan stesen MRT Jinjang menerima pelbagai respon netizen selepas dikongsikan oleh Facebook MRT Corp.

Mahu Jimatkan Kos Pembinaan, Rekaan Stesen MRT Jinjang Terima Pelbagai Respon Netizen

‘Saya Akan Porak Perandakan Semua Balai Polis Dan Hidup Tuan’ – Datuk Seri Ugut Polis Ditahan

Sumber