Sejak kebelakangan ini banyak kejadian yang melibatkan anjing liar menyerang orang awam terutamanya kanak-kanak. Bulan lepas kita digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan seekor anjing liar menyerang seorang budak lelaki di Langkawi.
Baru-baru ini, kejadian yang seakaan sama turut berlaku di Sabah di mana seorang murid perempuan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Lipasu, di sini parah selepas digigit seekor anjing pada Jumaat lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika murid tersebut sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama beberapa rakannya. Pada jarak 300 meter dari luar kawasan sekolah, seekor anjing tiba-tiba mengejar mereka menyebabkan murid-murid tersebut berpatah balik masuk ke dalam kawasan sekolah.
Murid perempuan berusia 7 tahun itu gagal menyelamatkan diri sebelum di serang anjing berkenaan.
A primary one pupil is in critical condition at Likas Hospital in Kota Kinabalu after being mauled by a dog outside her school compound in Ranau.
Source – @DailyExpress_MY pic.twitter.com/6La3y70wkG
— BKI π΅πΈπ²πΎ (@KKCity) November 16, 2019
Dalam satu kejadian yang sama, seorang murid lelaki Sekolah Agama Rakyat, Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson turut mengalami situasi yang sama.
Satu perkongsian di laman Twitter daripada Cikgu Norzuliana, seorang tenaga pengajar di sekolah terbabit menyatakan bahawa kebanyakkan anjing di kawasan sekitar sekolah tersebut bersikap agresif dan garang.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1195529638111375360
Beliau turut menyatakan segala langkah-langkah telah diambil untuk memastikan semua pihak berada di dalam keadaan selamat tetapi kebanyakkannya menemui jalan buntu.
Dalam perkongsian itu juga beliau meminta orang ramai agar tidak menyalahkan mana-mana pihak dan berhenti membuat spekulasi serta menyalahakan pihak sekolah.
Situasi yang berlaku ini terima reaksi yang pelbagai daripada netizen. Rata-ratanya mempunyai pandangan yang berbeza.
Ada sesetengah netizen yang mempersoalkan golongan pencinta haiwan yang sebelum ini banyak mengganggu kerja penguatkuasa dalam menangani isu anjing liar.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1195634658014199808
Terdapat juga golongan pencinta haiwan yang mempertahankan tindakan mereka dengan menyatakan bahawa hanya anjing liar yang perlu ditangkap dan bukannya anjing peliharaan.
https://twitter.com/Leeoneilortega/status/1196140610379382784
Golongan ini juga turut menyatakan bahawa mereka tidak menghalang kerja penguatkuasaan yang menangkap anjing liar tetapi lebih kepada mengkritik tindakan penguatkuasa yang menangkap anjing liar secara kejam dan tidak berperikemanusian.
https://twitter.com/mieamirh/status/1196091990313558016
Netizen lain juga meminta situasi ini ditangani dengan cepat bagi memastikan tidak ada lagi kejadian sama yang berulang lagi.
Terdahulu, tular satu video yang memaparka seekor anjing liar menyerang seorang budak lelaki di Langkawi. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Anjing Liar Serang Budak, Netizen Bengang Orang Ramai Hanya Lihat Dan Rakam
Pengerusi Masjid Lavender Height Senawang Bunuh Anjing Menggunakan Racun?