Filem Black Panther yang akan menemui peminat pada minggu hadapan khabarnya adalah salah satu filem terbaik Marvel setakat ini. Bersempena filem Black Panther ini, Clarks dan PUMA sempat menghasilkan kasut edisi khas untuk raja Wakanda ini.

Clarks hadir dengan model Trigenic Evo ‘Black Panther’ di mana kasut ini diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi di samping logo ‘Black Panther’ di bahagian belakang kasut ini. Kasut ini dijual pada kuantiti yang terhad dan anda boleh membelinya di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

clarks 1

clarks 3

clarks 4

PUMA pula bekerjasama dengan BAIT untuk kolaborasi khas bersama Black Panther ini. Dua model boleh dipilih iaitu Mostro Mid dan Tsugi BOG. Kedua-dua model ini hanya dijual secara online raffle dan hanya 300 pasang Tsugi BOG akan dihasilkan dan 100 pasang untuk model Mostro Mid.

Puma 1

Puma 2

Puma 3

Hype yang menyelubungi filem Black Panther ini memang sangat hebat dan begitu juga kasut-kasut ini. Jika anda mahu menangi barangan rasmi Marvel Studios’ Black Panther, anda boleh sertai Vocket Premiere untuk peluang menangi barangan edisi khas Black Panther. Memang cantik.