Jika anda masih ingat, sebelum ini tular tentang seorang lelaki gelandangan, Amran Tamby atau dikenali dengan gelaran Tok Penghulu yang ditemui kembali keluarganya selepas terputus hubungan sejak 1996.

Laporan berita tersebut kembali menemukan beliau dengan keluarganya selepas dia muncul di kaca TV ketika ditemubual wartawan berhubung isu pengurusan gelandangan sewaktu peringkat awal perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

Berpunca daripada kemunculannya itu, pihak keluarganya difahamkan berhasrat untuk membawa lelaki tersebut pulang ke pangkuan mereka selepas lama terpisah.

Bagaimanapun, hasrat beliau untuk menjejak kasih dengan keluarganya tidak kesampaian selepas beliau baru-baru ini memberitahu tidak dijemput keluarganya dari ibu kota.

Dalam laporan yang disiarkan di TV3 itu, Amran memberitahu beliau sudah dua kali menunggu untuk dijemput pulang namun kedua-duanya berakhir dengan kekecewaan.

“Saya tunggu tak sampai, abang dah janji dengan saya […]

“Saya dah tunggu dua kali,siap siap kemas barang saya nak balik.

“Jadi saya malu lah dengan orang DBKL sebab saya cakap hari ini saya dah nak balik tiba-tiba saya tak balik, saya malu,” luahnya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditanya mengenai perkara itu.

Ditanya mengenai perkara itu, Amran yang tidak dapat menahan sebak hanya memberitahu “Saya pun tak tahu nak cakap apa dah,mungkin keluarga saya dah buang saya”.

Anda boleh menonton penjelasan beliau bermula di minit ke 2.24 di video yang dimuat naik Facebook Buletin Utama TV3 di bawah.

Baca kisahnya sebelum ini yang ditemui keluarganya selepas lebih 24 tahun terpisah di pautan di bawah.

Berita TV3 Temukan Kembali Keluarga Dengan Gelandangan Terpisah Lebih 20 Tahun

17 Faktor Berlakunya Fenomena Gelandangan Di Malaysia