Dua kapal terbang era Perang Dunia ke-dua berlanggar dan terhempas ketika melakukan pertunjukan flyover semasa acara peringatan di Texas pada Sabtu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan. Terdapat enam orang berada di dalam kedua-dua pesawat itu ketika nahas berlaku, kata Tentera Udara Peringatan.

Sebuah Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra sedang menyertai pertunjukan udara Wings Over Dallas apabila mereka bertembung di udara berhampiran Lapangan Terbang Eksekutif Dallas kira-kira 1:30 tengah hari (waktu tempatan), kata FAA.

Baca Juga:

Beberapa pesawat dijadualkan melakukan demonstrasi flyover pada petang Sabtu yang mana acara selama 3 hari itu adalah bersempena Hari Veteran, bermula hari Jumaat.

Hank Coates, presiden Tentera Udara Veteran, berkata pada sidang akhbar bahawa juruterbang kumpulan itu adalah sukarelawan yang terlatih dan berlesen, biasanya bekas juruterbang syarikat penerbangan atau tentera. Dia berkata perlanggaran di udara semasa pertunjukan udara seperti ini ‘sangat jarang berlaku’.

Datuk Bandar Dallas, Eric Johnson berkongsi melalui media sosialnya pada hari Sabtu bahawa tiada laporan kecederaan terhadap penonton atau mereka yang berada di lapangan.

Tambah beliau, jumlah mangsa kejadian nahas itu masih lagi dalam siasatan.

Terdapat kira-kira 4,000 orang pada acara itu yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang sejarah Perang Dunia ke-dua dan menghormati sumbangan veteran.

Sumber