Satu pergaduhan besar berlaku antara dua kumpulan mat motor difahamkan berlaku malam semalam di Dataran Merdeka.

Berdasarkan perkongsian video oleh Info Roadblock JPJ/POLIS dan beberapa laman lain di Facebook, dapat dilihat dua kumpulan remaja bergaduh dengan melibas helmet ke arah satu sama yang lain.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Pergaduhan 2 Kumpulan di Dataran Merdeka

Apa kes gaduh-gaduh ni? Gaduh pun macam pondan. Sosial distancing takda. Facemask tak pakai. Mengganggu ketenteraman awam. Haishh banyak lagi kesalahan ini. Kalau panggil lori "black Maria" angkut semua pergi balai best ni.🙄. Lokasi : Dataran Merdeka,KL#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, 22 August 2020

Kumplan mat rempit ini langsung tidak menjaga jarak sosial dan hadir dalam kumpulan yang besar dengan ada individu yang dilihat tidak memakai pelitup muka. Lebih buruk lagi, mereka ini langsung tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain dengan bergaduh di atas jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Ramai netizen yang kecewa dengan perangai remaja Melayu yang terlibat dalam pergaduhan ini. Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sambutan kemerdekaan akan berlangsung, kes seperti ini sedikit sebanyak mencacatkan imej Dataran Merdeka yang menjadi lokasi sambutan merdekat setiap tahun.

Sebab mengapa pergaduhan ini boleh tercetus masih lagi belum jelas tetapi difahamkan berpunca daripada pergaduhan kecil yang tercetus antara ahli dua kumpulan ini.

“Budak-budak hingusan yang baru kenal dunia kebebasan hidup. Tak lama lagi mesti kena jemput beramai-ramai dalam keadaan berantai ke lokap. Kasihanlah sedikit kepada parents. Mereka harapkan masa depan korang cerah sebenarnya,” antara komen netizen yang ada pada pautan video di pergaduhan ini.

Netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini yang bukan sahaja berkumpul dalam kumpulan besar, tetapi menganggu kententeraman awam disamping tiada kluster COVID-19 baharu muncul berpunca daripada pergaduhan ini.

Ini pula kisah kekecewaan penduduk setempat terhadap golongan basikal kayangan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

3 Lelaki Ditahan Dan Disaman RM1,000 Seorang Selepas ‘Kantoi’ Berbasikal Dari Ampang Ke Jelebu

Pergaduhan Tercetus Lagi Kerana Kasut adidas NMD Pharrell

Anda Mungkin Suka