Isu penggunaan nombor plat palsu pada kenderaan curi masih lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat kita. Namun baru-baru ini penangkapan dua orang lelaki yang menunggang dan membonceng motosikal jenis Honda C-100 mencuri perhatian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL).

Ini kerana hasil semakan JSPTKL mendapati motosikal yang digunakan merupakan masih dilaporkan hilang bersangkut laporan di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022. Lebih memeranjatkan lagi apabila motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran milik Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kedua-dua lelaki warganegara ditahan pada 6 November, jam lebih kurang 11.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari cawangan Penguatkuasaan JSPT KL ketika melakukan sekatan jalan raya bagi Operasi Motosikal Pelbagai Kesalahan di Jalan Tiara Titiwangsa OFF Jalan Pahang.

“Tangkapan dibuat ke atas suspek serta motosikal yang ditunggang dirampas bersama serangkai anak kunci dan bawa balik ke JSPT KL untuk tindakan selanjutnya,” petik kenyataan rasmi JSPTKL.

Suspek-suspek ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.