Sebelum ini rakyat Malaysia telah terpegun dengan kemampuan pihak Legoland Malaysia yang menggunakan 150,000 potongan batu bata Lego dalam mencipta lima mural petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa mereka.

Kali ini dua lelaki tempatan Bruce Lee Chiau Han dan Michael Choy Kum Weng  pula telah berjaya mencipta replika bangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru dengan menggunakan 15,000 potongan LEGO dalam masa enam minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-duanya menurut perkongsian di laman Mashable SEA, difahamkan saling mengenali dari Kumpulan Pengguna Synergy Lego di  Facebook yang mengumpulkan orang ramai menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan binaan LEGO.

ban1_r97z

Menurut laporan, mereka berdua mengambil masa lebih kurang enam minggu serta 15,000 potongan batu bata Lego bagi menyiapkan keseluruhan replika tersebut.

“Saya telah menghabiskan dua minggu untuk mengkaji struktur bangunan tersebut, sebelum mula membina Bangunan Sultan Ibrahim.

“Saya dan Choy telah memutuskan untuk membina bangunan tersebut bagi meraikan pembukaan kedai baru LEGO di Johor Bahru pada 30 November yang lepas,” kongsi beliau di Facebook.

127253640-10221522560305626-3663677129533152338-o_hcdk
FOTO: FACEBOOK SYNERGY/ MASHABLE SEA

Bangunan tersebut telah dianggap sebagai mercu tanda di negeri Johor Bahru kerana ia merupakan bangunan tertinggi sewaktu era pra-kemerdekaan Malaysia.

Replika tersebut telah dipamerkan di outlet Box of Bricks yang bertempat di Midvalley Southkey Johor Bahru sempena pembukaan outlet baru pada 30 November 2020 yang lepas.

Baca juga perkongsian kami yang menarik pada minggu ini pada pautan di bawah.

Berdegil Tidak Mahu Jual Tanah, Rumah Lelaki Ini Ibarat ‘Up’ Di Dunia Sebenar

Aksi Kejam YouTuber Ini Seksa Kekasih Sehingga Maut, Disiarkan Secara ‘Live’ Di YouTube

PBB Keluarkan Ganja Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Kini Dianggap Sebagai Tanaman Ubat