Seorang jutawan dari Kuwait, Abdullah F. Al Basman mengalami detik-detik cemas apabila cuba disamun oleh dua orang lelaki menaiki skuter yang menyamar sebagai rider penghantar makanan ketika beliau sedang menunggu lampu isyarat disekitar Mayfair, London.

Menurut salah seorang saksi, perompak tersebut berada di hotel yang diduduki oleh jutawan Kuwait itu, sebelum diminta untuk beredar oleh salah seorang kakitangan hotel, lapor The Sun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Apabila Abdullah keluar menaiki keretanya, mereka mula mengikutinya sehingga ke Hyde Park Corner. Salah seorang daripada mereka telah membunyikan hon yang saya anggap ia sebagai isyarat untuk memulakan serangan,” kata saksi kejadian terbabit.

https://twitter.com/CrimeLdn/status/1561417717055627264?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1561417717055627264%7Ctwgr%5Eec5a20f1957dd742037352ab3f35f4d90a6b092a%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.mylondon.news%2Fnews%2Fzone-1-news%2Fbrazen-thief-dressed-deliveroo-driver-24817070

Dalam dua video yang tular, salah seorang perompak telah mengetuk cermin tingkap Bugatti Chiron itu dengan penukul beberapa kali sebelum jutawan itu segera memecut untuk menyelamatkan diri.

Memetik laman The Sun lagi, kedua-dua lelaki itu dipercayai menyasarkan jam tangan Platinum Rolex Daytona milik jutawan itu yang dianggarkan lebih £110,000 (RM583,711).

Al Basman sedang menginap di Hotel Berkeley, di mana saksi berkata perompak telah mengikutinya sebelum melakukan serangan terbabit. Setelah gagal cubaan rompakan itu, kedua-duanya melarikan diri ke tepi jalan daripada jalan utama.

https://twitter.com/CrimeLdn/status/1561428626188279808?s=20&t=NlZ9zMY0J4OFVGoxcNKNpw

Dalam satu video lain pula, kelihatan kedua-dua suspek cuba menyerang seorang pejalan kaki di Mayfair. Salah seorang perompak itu melihat jam tangan pada pergelangan tangan lelaki itu, lalu memberhentikan motosikal secara mengejut sebelum mengikuti mangsa dari belakang.

Insiden yang terjadi itu menjadi sebahagian daripada satu lagi keganasan hujung minggu ketika peningkatan jenayah semakin meruncing di seluruh ibu negara London.

Menurut Datuk Bandar London, Sadiq Khan menyatakan peningkatan jenayah serta keganasan berlaku di tempat mereka ketika ini disebabkan musim panas, waktu siang lebih lama dan cuti sekolah yang sedang berlangsung.

“Kami sedang bekerjasama dengan polis untuk menyekat keganasan daripada terus meningkat,” kata Sadiq Khan kepada portal LBC.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu seorang pemilik Nissan GT-R R34 telah mendapat jutaan ringgit selepas kereta rare miliknya telah dibeli oleh seorang mat saleh.

Pemilik JDM Dapat Jutaan Ringgit Selepas Mat Saleh Beli GT-R R34 Miliknya

Tidak Mahu Dikenali ‘Negara Pengeluar Bateri’ Sahaja, Jokowi Gesa Tesla Bina Kereta Di Indonesia

‘Dia Kembali Semula’ – Polis Buru Individu Misteri Pandu Kereta Formula 1 Di Lebuh Raya