Penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa menarik perhatian netizen Malaysia apabila memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi kegemarannya sepanjang menjelajah dunia.

Lipa berkata demikian menerusi satu perkongsian video di TikTok semasa peminat mengajukan soalan kepadanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@malaysianspeaks/video/7189475993357258011?_r=1&_t=8ZB81l7vzCT

“Banyak tempat yang pernah saya kunjungi, tetapi saya sangat suka Kuala Lumpur. Saya melawat kuil yang menakjubkan di sana,” ujarnya semasa membuat live di TikTok.

“Saya rasa setiap kali saya ke negara Asia, ia adalah antara pengalaman yang paling menarik,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata peminat Malaysia tersentuh malah terkejut dengan kenyataan Dua Lipa tersebut dan tidak menyangka dia menyebut Kuala Lumpur sebagai bandar kesukaannya.

Selain melawat kuil, difahamkan penyanyi berusia 27 tahun itu turut melawat muralnya yang dicipta dengan warna Montana, memakai baju flamingo merah.

“Mural yang cantik di KL!!!!,” tweetnya di laman Twitter selepas melawat tempat tersebut.

Mural Dua Lipa itu dilukis oleh artis visual KATUN. Beliau menyiapkan tepat pada masanya ketika Lipa mendarat di Malaysia pada 2018.

Sebelum ini, Lipa pernah mengadakan konsert di Malaysia iaitu The Self-Titled Tour di KL Live pada 3 Mei 2018.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu One Kiss itu juga pernah menjayakan persembahan di Good Vibes Festival di The Ranch @ Gohtong Jaya, Genting Highlands pada 2017.