Dahsyat penangan netizen di Malaysia. Penyanyi Britain berdarah Albania, Dua Lipa baru-baru ini memuat naik gambar sekeping gambar di laman Instagram miliknya untuk membuat ucapan ulang tahun kelahiran bapanya.

Netizen dari Malaysia mula triggered apabila ada perkataan ‘babi’ pada caption gambar berkenaan. Untuk pengetahuan, ‘babi’ di dalam bahasa Albania bermaksud ‘ayah’.

https://www.instagram.com/p/Bf7AcW0FyVe/?hl=en&taken-by=dualipa

Netizen di Malaysia seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang ‘prihatin’ dengan menegur dan mengecam Dua Lipa di ruangan komen Instagram beliau kerana penggunaan perkataan tersebut.

Mungkin disebabkan lambakan komen di gambar berkenaan, Dua Lipa akhirnya menukar caption berkenaan kepada ‘Happy birthday Dad’. Bagi kami itu adalah haknya untuk menulis dalam apa bahasa sekali pun. Biasalah jika satu perkataan mempunyai banyak maksud yang berbeza dalam bahasa yang berlainan.

Itulah kuasa ‘mak cik bawang’ di media sosial. Sehingga artis antarabangsa pun akur dengan kuasa komuniti ini. Buat peminat setia Dua Lipa, beliau akan menjayakan konsert ‘Dua Lipa Live In Malaysia’ pada 3 Mei depan. Ada yang sudah membeli tiket untuk ke konsert ini? Jika belum, anda terlambat kerana tiket sudah pun ‘sold out’.

https://www.instagram.com/p/BfsVij2FjXU/?hl=en&taken-by=dualipa