1. Fortune Islands

Terletak di Nasugbu, Batangas dan hanya mengambil masa sekitar 4 jam sahaja dari kota Manila. Bas seawal jam 3 pagi boleh didapati di DLTB Bus Terminal menuju ke Nasugbu. Setibanya di Nasugbu Bus Terminal, terdapat beberapa agen yang sudah siap sedia untuk menawarkan beberapa khidmat untuk ke Fortune Islands. Sila tawar menawar! Di sini harga dikira mengikut bot, dan digalakan untuk datang berjemaah so boleh jimat sikit.

Kami berjaya mendapatkan harga 4000 peso selepas beberapa kali rundingan. Untuk ke jeti pula, anda perlu mendapatkan tricycle dengan kadar 10 peso setiap seorang. Dari Jetty ke Fortune Islands megambil masa sekitar 1 jam, dan disana akan dikenakan bayaran masuk sebanyak 300 peso setiap seorang.

AMIRUDIN SHARI
HYPE
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
Baca lagi →

Baca: Itinerari Dan 20 Tip Travel Solo Selama 5 Hari Ke Cebu Dan Manila

Fortune Islands

3

Fortune Islands

Apa itu Fortune Islands sebenarnya?

Tarikan utama Pulau ini merupakan acropolis serta tiang dan patung Greece yang menyerupai Kota Rome. Mengikut kisah, sebuah Kapal San Diego penah karam disini dan segala artifak dipulihkan dan diletakkan di Muzium San Diego yang kini telah ditutup. Tiada ramai pelancong, malah hanya kami yang berkunjung pada hari itu, jadi ini suatu bonus buat kami yang ingin bersantai. Asyik!

2. Baguio

Sesiapa yang mengikuti drama Filipina “Be Carefull With my Heart’ pasti mengagumi keindahan alam yang terletak di Baguio. Udara yang cukup nyaman, hutan menghijau dan kedudukan geografi yang menarik membuatkan hati aku tergerak untuk sampai ke sana. Seumpama di Cameron Highlands, cuaca yang agak sejuk dan berkabus membuatkan kami semakin teruja.

Perjalanan megambil masa sekitar 8 jam dari Kota Manila dengan menaiki Victory Liner Bus di Pasay Victory Liner Bus Terminal. Bas boleh didapati seawal jam 3 pagi, dinasihatkan untuk ambil seawall yang mungkin bagi mengelakkan trafik yang sangat padat di Manila.

4

Kabus sangat Tebal, Sejuk dan Nyaman

5

Bersama Igorat Traditional Wear di Mines View park

Baguio City Mines View Park

Look Out Point merupakan satu kawasan untuk melihat pemandangan di sekitar Bandar Baguio. Disini terdapat banyak kedai cenderamata, pokok bunga dan kaktus, dan pelbagai hasil jualan tanaman seperti Jagung dan ubi Keledek. Segar dan manis weh! Nampak pula peniaga bertudung dan logo Halal terus jadi batak sebab dah kebulur. Di sini juga anda boleh bergambar dengan pakaian Tradisi kaum Igorot yang terdapat di situ.

6

The Mansion

7

Wright Park

The Wright Park

Merupakan taman untuk bersantai dan berhadapan dengan The Mansion juga
merupakan salah satu tarikan utama. Ditengah laluan pejalan kaki terdapat kolam
buatan dan bunga bunga yang tumbuh segar yang membuatkan taman ini menjadi
sebuah taman yang sesuai untuk bersantai. Di penghujung taman, terdapat banyak Kuda yang boleh ditunggang untuk menikmati pemandangan sekitar.

8

Stobosa Mural Village, La Trinidad

9

Stobosa Mural Village, La Trinidad

The Stabosa Mural Village, Trinidad

Ini merupakan salah satu bakul impian saya, nak ke Brazil? Bermimpi lah kan. Jadi di sini saya merasakan puas dapat melihat sebuah perkampungan tersusun yang dihiasi
pelbagai warna. Merentasi jambatan kecil untuk menuju ke puncak, nasib baik fit jadi isu semput tidak berlaku ketika proses pendakiaan. Seumpama hati berbunga riang dan penuh warna apabila memandang kawasan bangunan mereka, terasa segar dan
seumpama di alam fantasi.

10

Canopy Ride, Tree Top Adventure

Tree Top Adventure, Camp Jhon Hay

Bagi mereka yang sukakan kelainan dan aktiviti yang lasak dan ingin mencabar diri
mengatasi rasa ketakutan kepada ketinggian. Terdapat beberapa permainan yang
pastinya kita tak kan jumpa di Malaysia antaranya Silver Surfer dan Canopy Ride. Harga pula berbeza mengikut permainan, dan apa yang pasti anda wajib mencuba! Seriuslah, awesome weh.

Pegangkutan sepanjang trip

Konsep kami “Galas beg sama sama, Sesat sama sama”, jadi kami hanya menggunakan pengangkutan awam ketika berkunjung ke setiap destinasi. Pastikan anda mempunyai aplikasi Grab/Uber untuk memudahkan pergerakan anda, nak dapat Grab bukan main payah disebabkan high demanding tetapi sangat berbaloi dari segi harga. Kami hanya menaiki Jeepney ketika berada di Baguio memandangkan jarak yang dekat diantara satu tempat kunjungan pelancong. Tricycle kami menaiki ketika berada di area Baclaran menuju ke Instramuros dan dari Nasugbu terminal bus
menuju ke Jeti. Power betul tangan dia handle motorsikal membawa bebanan sebesar bas. Hahaha.

Peginapan sepanjang trip

Keliru dan buntu? Peginapan sepanjang trip ke sini dengan membuat pesanan menerusi aplikasi hotelsCombined. Melalui papran pencarian hotel, laman web HotelsCombined akan senaraikan dan bandingkan segala macam jenis penginapan mengikut citarasa dan poket kita sendiri. Aplikasi ini membandingkan harga website lain seperti Agoda, Booking, Expedia dan lain lain.

Mines View park

Menerusi paparan, anda akan menemukan jenis bilik yang sama tapi dengan harga yang berbeza. Jadi tidak perlu membuang masa dan membuat perbandingan satu persatu. Mudah kan? Jika anda masih belum mempunyai apps ini di telefon pintar anda, boleh download app HotelsCombined menerusi Play Store.

Pemilihan penginapan kami adalah berdasarkan jarak dari satu tempat yang bakal dikunjungi, perkampungan muslim dan mempunyai rujukan positif daripada mereka yang telah menginap disini sebelum ini. Tetapi yang lebih utama adalah Value for Money!

BACA JUGA: Pengalaman 3 Hari Aku Di Kota Manila Yang Dimurtadkan Dan Fortune Island Yang Unik

Artikel di atas disumbangkan oleh Fais Taib. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka