Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dua penari di Hong Kong cedera selepas terkena skrin yang jatuh semasa Mirror, sebuah kumpulan paling popular di negara tersebut membuat persembahan, lapor Reuters.

Rakaman insiden itu beredar dalam talian. Ia memaparkan sekumpulan penari berpakaian putih membuat persembahan di atas pentas di Hong Kong Coliseum apabila tiba-tiba sebuah skrin video bersaiz gergasi jatuh dan menghempap ​​salah seorang penari. Skrin itu kemudiannya jatuh ke atas seorang lagi sebelum yang lain bergegas untuk membantunya.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Pengurus Mirror Ahfa Wong kemudian naik ke pentas untuk memohon maaf dan meminta penonton beredar, menurut klip video yang tersebar dalam talian.

Penari itu kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sejurus selepas 10.30 malam waktu tempatan, polis memberitahu AFP.

Pada kira-kira tengah malam, Hospital Queen Elizabeth berkata seorang lelaki yang mengalami kecederaan yang serius disebabkan skrin tersebut jatuh terkena lehernya, manakala seorang lagi berada dalam keadaan stabil.

Kes ini telah pun melibatkan pihak kerajaan apabila Hong Kong, melalui Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Kevin Yeung meminga agar konsert ini dihentikam sehingga struktur pentas benar-benar terbukti selamat.

Pemimpin Hong Kong John Lee berkata beliau terkejut dengan insiden itu dan telah mengarahkan siasatan menyeluruh untuk menilai aspek keselamatan bagi “memastikan keselamatan penghibur, krew dan orang ramai”.

Klip Linkin Park henti persembahan kembali tular selepas tragedi di konsert Travis Scott. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Klip Linkin Park Henti Persembahan Kembali Tular Selepas Tragedi Di Konsert Travis Scott

Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam, Reseller Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Konsert Justin Bieber

Pengalaman Saya Menonton Konsert ‘Sold Out’ Hebat Siti Nurhaliza Di Axiata Arena