Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang dilihat makin membimbangkan di Malaysia.

Berikutan pengumuman tersebut, dua pawagam utama di Malaysia iaitu GSC dan TGV telah mengeluarkan notis penutupan operasi selama 2 minggu mulai hari esok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penutupan tersebut adalah untuk mematuhi pekara 6, Perintah Kawalan Pergerakan yang mengarahkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmantan penting negara.

Menerusi notis tersebut, pengunjung yang telah membeli tiket secara atas talian sebelum pengumuman dibuat, bayaran semula akan dibuat secara automatik. Bagi anda yang beli tiket awal di kiosk atau kaunter tiket, anda diminta untuk menyimpan terlebih dahulu tiket sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pastinya dengan pengumuman ini, filem-filem yang bakal ditayangkan akan sedikit terkesan. Walau bagaimanapun, diharap anda semua dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Ikuti perkembangan terkini tentang COVID-19 di The Vocket. Klik pada pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wabak Merebak Terlalu Pantas, WHO Isytiharkan COVID-19 Sebagai Pandemik

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Hanya Bermodalkan RM11, Ini 2 Bahan Buat ‘Hand Sanitizer’ Secara DIY