Pelajar lain, ketika di sekolah, mereka mungkin sedang memikirkan content apa yang harus dimuat naik di laman TikTok atau Instagram mereka. Namun bagi dua pelajar berumur 14 tahun dari India ini, mereka berjaya menemui asteroid baru yang tidak pernah direkodkan oleh mana-mana institusi astronomi.

Vaidehi Vekariya dan Radhika Lakhani adalah pelajar yang masih berada di kelas 10. Mereka tinggal di Kota Surat, negeri Gujarat. Selama dua bulan terakhir, Vaidehi dan Radhika telah terlibat dalam program pemerhatian ruang angkasa yang dikelolakan oleh International Astronomical Search Collaboration (IASC), sebuah institusi astronomi awam yang bekerjasama dengan NASA.

Apa yang lebih menarik, penemuan mereka ini hadir sewaktu ahli astronomi sedang sibuk memerhati komet NEOWISE yang baru saja melintasi Bumi.

Apa yang mereka lakukan adalah menghabiskan waktu berhari-hari mengkaji beratus-ratus gambar yang diambil dari teleskop Pan-STARRS di Hawaii. Teleskop ini merupakan salah satu teknologi yang paling canggih di dunia, dengan kemampuan untuk mengoptimumkan lensa dan memperbesarkan gambar yang diambil dari angkasa.

Hasil kajian mereka berjaya menemui sebuah objek yang kini berada di sekitar Planet Marikh. Mengikut pengiraan mereka, asteroid ini bakal melintasi orbit Bumi dalam masa satu juta tahun akan datang.

Dinamakan sebagai HLV2514, pengarah IASC, Patrick Miller mengakui bahawa objek itu tidak pernah direkodkan oleh mana-mana institusi astronomi. “Objek langit ini pasti akan melintasi Bumi pada masa akan datang,” kata Miller seperti dikutip dalam The Times of India.

Berkata kepada media, kedua anak muda berusia 14 tahun ini mengakui mereka sedikit ‘bernasib baik’ kerana berjaya membuat penemuan besar dalam pengalaman pertama mereka mengkaji foto ruang angkasa, “Kami telah memantau 20 objek menarik, dan ini memang terbukti menjadi penemuan baru,” kata Vaidehi kepada The Times of India. “Kami diberitahu bahawa kami mempunyai peluang untuk menamakan objek tersebut setelah  NASA mengesahkannya, tetapi prosesnya memakan masa beberapa tahun.”

Vaidehi memasang cita-cita untuk menjadi salah seorang angkasawan apabila dia meningkat dewasa, manakala Radhika pula mahu beri tumpuan kepada pelajaran agar dia mempunyai banyak pilihan kerjaya, memandangkan mereka berasal dari keluarga miskin, “Keluarga saya tidak mempunyai TV di rumah, jadi saya perlu belajar dengan serius,” katanya.

Terdahulu, NASA pernah menafikan sebuat asteroid gergasi yang bakal menghentam bumi pada 14 Februari 2020 yang lalu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Risau Asteroid Gergasi Bakal ‘Menghentam’ Bumi Esok, NASA Minta Semua Bertenang

NASA Tawar RM85,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Mencipta Tandas Dan Ini Adalah Syaratnya