Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah tersenarai antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ‘The Association of Chartered Certified Accountants’ (ACCA) dan ‘Certified Accounting Technician’ (CAT) pada bulan Disember yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UiTM, dua pelajar tersebut merupakan pelajar bagi jurusan perakaunan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-dua pelajar tersebut dikenali sebagai Fatin Najwa Azman, 22 iaitu pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, pelajar semester akhir bagi program CAT.

Fatin Najwa telah berjaya menduduki tempat pertama bagi kertas peperiksaan Audit and Assurance (AA) di Malaysia dan tempat kesembilan di peringkat dunia.

Manakala Putera Aiman pula telah berjaya memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi peperiksaan `Maintaning Financial Records (FA2)’.

Tambahan lagi, Dekan Fakulti Perakaunan UiTM, Prof. Dr. Haslinda Yusoff turut mengatakan bahawa kedua-dua penuntut itu amat komited dan berdedikasi dalam sesi pembelajaran.

“Pihak fakulti amat proaktif dalam memupuk suasana pembelajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di UiTM adalah kombinasi dalam kejayaan pelajar.

“Kejayaan itu sekali gus turut membuktikan kecemerlangan kaum Bumiputera dalam bidang perakaunan,” katanya sewaktu dihubungi pihak Berita Harian.

Sekadar info tambahan, UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak bulan Julai tahun 2011.

Universiti tersebut akan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.

Dalam pada itu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad turut menyampaikan ucapan tahniah terhadap kedua-dua pelajar tersebut di laman Facebook miliknya.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai individu dari Malaysia ini yang terima anugerah rakyat kehormat Seoul melalui pautan di bawah.

Bantu Jadikan Bandaraya Mesra Muslim, Anak Malaysia Ini Terima Anugerah Rakyat Kehormat Seoul

Banyak Membantu Komuniti Islam Dan Melayu, ‘Uncle Hashim’ Dianugerah Pingat Order of Australia