Pada pukul 12.40 tengah hari tadi, dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta Proton Waja selepas pemandunya bertindak ganas dengan merempuh beberapa buah kenderaan semasa berhenti di lampu isyarat di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

Video rakaman kejadian tersebut tular di media sosial menunjukkan pemandu kereta Proton Waja terbabit enggan keluar dari kereta walaupun diminta oleh pihak polis, lalu bertindak ganas merempuh sebuah Perodua Myvi, lori Tesco dan kenderaan milik saksi yang merakam video kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat.

Baca lagi artikel-artikel yang kami kongsikan sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Netizen Kagum Kecekapan Pemandu Proton Satria Elak Kemalangan Di Selekoh

Langgar Van Hingga Terbalik, Pemandu Myvi Ditahan Selepas Gagal Larikan Diri

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan