Penularan wabak COVID-19 yang dilihat telah memberi kesan terhadap ramai pihak terutama sekali apabila rata-rata daripada mereka telah dibuang kerja atau hilang sumber pendapatan.

Semalam tular di media sosial mengenai perkongsian sebuah rakaman video menunjukkan dua orang lelaki dipercayai dalam cubaan untuk menyamun sebuah rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun sebelum mereka dapat menyamun rumah tersebut, perbuatan mereka telah ditangkap oleh pasangan suami isteri yang dipercayai pemilik bagi premis tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat bahawa mereka baharu sahaja tiba di rumah berkenaan. Seorang daripada mereka dilihat berada di hadapan rumah tersebut manakala seorang lagi individu sudah pun berada di bahagian dalam rumah itu.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1357585320171114496?s=20

“Ini saya punya rumah tau,” jerit wanita terbabit menerusi rakaman video berikut

Walaupun begitu, kedua-dua individu terbabit telah memberi alasan dengan menjawab bahawa mereka ingin lihat jika terdapat bungkusan sampah yang perlu dibuang di dalam rumah terbabit.

Disebabkan cemas, kedua-dua lelaki tersebut telah bertindak memohon maaf serta segera beredar dari rumah berkenaan.

Lapor ke pihak berkuasa

Walaupun terdapat sebahagian daripada netizen yang membuat lawak berkenaan nilai kerjasama yang ditonjolkan oleh penyamun tersebut, ada di antara daripada mereka yang memberi cadangan untuk laporkan perkara tersebut ke pihak berkuasa supaya diberi tindakan yang sepatutnya.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sila buat sesuatu walaupun tidak ambil barang lagi, tadi sudah ceroboh masuk ke kawasan rumah orang,” komen seorang netizen di ruangan komen.

“PDRM, sila buat sesuatu bagi kejadian berikut,” kata netizen.

Malah ada di antara daripada mereka yang telah meletakkan nombor plat bagi kenderaan tersebut supaya pihak berwajib dapat mengesan kedua-dua individu terbabit.

Baca perkongsian kami yan terdahulu mengenai rompakan kedai emas di Thailand yang menyebabkan 3 terbunuh serta 4 cedera ditembak lelaki bersenjata melalui pautan di bawah.

3 Terbunuh, 4 Cedera Ditembak Lelaki Bersenjata Dalam Rompakan Kedai Emas Di Thailand

Pakai Topeng Vendetta Ketika Menyamun, ‘The Mask Man’ Ditangkap Selepas 50 Kes Samun

Sumber