Beberapa bulan setelah pelancaran Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+, syarikat yang berpengkalan di Seoul ini ternyata bakal meneruskan siri legend keluaran mereka iaitu Samsung Galaxy Note melalui flagship terbaru iaitu Note 8.

Berdasarkan ura-ura, Samsung Galaxy Note 8 dan Samsung Galaxy S8 bakal berkongsi processor yang sama iaitu Snapdragon 835.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua perubahan terbesar yang bakal ditampilkan pada Samsung Galaxy Note 8 adalah penyertaan RAM 6 GB dan dwi-kamera. Ya, pengeluaran flagship terbaru ini juga bakal menjadikan Note 8 sebagai smartphone Samsung pertama dengan teknologi dwi-kamera.

Salah satu perkara yang paling diberi perhatian pada kali ini adalah kapasiti baterinya. Samsung dilihat mengambil langkah selamat dengan menyertakan saiz bateri yang lebih kecil iaitu sekadar 3,300 mAh sahaja untuk mengelakkan daripada sebarang insiden buruk berlaku.

bingkai hadapan samsung galaxy note 8

Dalam pada itu, skrin yang bakal disertakan pada Samsung Galaxy Note 8 masih misteri ketika ini dan kemungkinan lebih besar daripada 6.2-inci sepertimana Samsung Galaxy S8+. Adakah smartphone bersaiz phablet ini bakal menjadi pilihan pengguna sekiranya bahagian hadapan smartphone ini bezelless?

Penyertaan spesifikasi yang canggih ini juga bakal membuatkan Samsung Galaxy Note 8 bakal dijual dengan lebih mahal iaitu sekitar $1,000 (~RM4,288.00).